Kambing masak beriani ni memang power. Rasanya berempah dan secukup rasa. Boleh cuba buat untuk dimakan dengan nasi, nasi impit ataupun roti. Cubalah. Pasti korang tak menyesal. Sedap sungguh.
Ads
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN TUMIS
Minyak masak
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Ads
BAHAN LAIN
4 sudu besar rempah beriani | bancuh dengan sedikit air
1 kg daging kambing | potong kecil, basuh dan toskan
3 biji kentang | potong kecil
3 biji tomato ranum | kisar dengan 2 cawan air
3 sudu besar tomato puri
2 biji tomato | belah 4
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar | belah 4
1 pokok daun ketumbar | potong kasar
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan Bahan Tumis.
2. Masukkan Bahan Tumbuk. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah beriani dan daging kambing.
4. Kacau dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Masukkan kentang, kisaran tomato dan tomato puri. Masak sehingga kentang lembut.
6. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam. Biarkan seketika dan matikan api.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul. Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan. Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
Bahan Perapan Daging
500 gram daging (hiris nipis)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
* Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Bahan Tumis
4 ulas bawang putih (cencang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain
3 sudu makan minyak masak
400 gram kacang pis (bersihkan)
1/2 biji cili benggala (dihiris)
Garam gula secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua Bahan Perapan Daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan Bahan Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan daging yang diperap. Kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
4. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala. Kacau 3 minit.
5. Tuangkan bancuhan Bahan Sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Sedar tak sedar, Rasa Ketuhar Kuali sudah di episod ke 3, pelbagai resipi dah di masak dan kesemuanya sangat mudah dan sedap. Untuk episod ke 3 ni, Adam Didam dan Aunty Aini akan kongsikan 3 resipi istimewa seperti Gambas Bersama Roti, Stew Daging & pencuci mulut Puding Epal Pir. Menarik kan? Ingat pesanan Aunty Aini “jangan lupa cuba tau!”
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.