Kambing masak kurma sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas atau sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Daging kambing perlu dimasak dengan betul untuk daging mudah berpisah dengan tulang. Anda boleh gunakan pressure cooker atau guna pelbagai petua untuk empukkan daging dengan cepat. Seperti masukkan sudu besi didalam periuk ketika memasak daging.

Kambing Masak Kurma Sedap Sampai Tak Perasan Orang Sebelah

KAMBING MASAK KURMA 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging kambing | dihiris dan direbus hingga empuk
  • 80gm serbuk rempah kurma
  • 60ml santan segar
  • 70ml susu cair
  • 500ml air
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN TUMIS:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 50gm badam
  • 50gm buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masak bahan tumis sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan daging kambing diikuti bahan kisar. Gaul rata dan biarkan selama 5 minit.
  3. Setelah itu masukkan rempah kurma dan air. Biarkan mendidih dan daging kambing empuk sepenuhnya.
  4. Masukkan santan dan susu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
  6. Angkat dan hidangkan.

 

Info chef: Jika anda kurang menggemari kurma yang cair, bairkan seketika sehingga kuah sedikit pekat.

IKLAN

 

Saiz hidangan: 5-6  orang

Waktu memasak: 40 minit

IKLAN

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan:  Sangat menyelerakan

Jenis majakan: Lauk pauk

Cara memasak: Tumis dan didih

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI