Kambing Masala Kashmir,Ayam Bawang Berempah & Daging Hitam Manis Menu Enak Di Aidilfitri

Share

Sepanjang bulan Ramadan Majalah RASA menghidangkan pelayar FB dengan menu istimewa di dalam  Rasa Ramadan Special Live. Program ini  bukan hanya berkongsi resipi menarik setiap Khamis hingga Sabtu malah anda berpeluang beramah mesra dan bertanya soalan tentang masakan secara live dengan tetamu jemputan. Rugi kalau tak joint sebab pelbagai tip serta info tentang masakan yang buat anda semua melekat dengan wadah kami sajikan ini.

Tetamu jemputan terdiri dari chef ternama , vip juga instafamous. Menu-menunya memang sedap. Jadi jangan lupa ya. Setiap jam 12 tengah hari di FB Majalah Rasa dari hari Khamis hingga Sabtu

Episod pertama Rasa Ramadan Special Live minggu lepas  bersama tetamu vip iaitu  Dato’ Nurol Mas’on yang  berkongsi satu resipi Kambing Masala Kashmir. Dato Nurol berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Aktif menghasilkan pelbagai resipi, menjadi konsultan restoran serta giat mengolah bahan makanan asas seperti mi segera sihat,perasa sihat,kicap dan rempah-rempah  yang menggunakan bahan semula jadi berbanding msg.

Menurut beliau masakan ini boleh disimpan lama.Sesuai dimakan dengan apa saja termasuk nasi putih,briyani ,roti dan capati untuk waktu sahur .

Turut sama di episod kedua ialah Azian Hassan , penulis buku masakan yang tidak asing dan kini sudah mempunyai  sembilan buah buku masakan . Lebih mesra dengan panggilan Kak Yan. Dia juga berpengalaamn sebagai prep chef di astro go shop. Dengan kepakarannya dalam masakan, dia kerap menjadi tetamu jemputan di beberapa stesen televisyen seperti WHI,NONA, MHI, Borak Kopitiam & Mingguan Wanita. Resepi Ayam Bawang Berempah

ini memang sesuai untuk berbuka dan sahur malah mudah disediakan dengan ramuan yang senang  didapati. Kalau ada yang rindukan masakan mamak, boleh cuba masakan ini.

Episod ketiga turut mengundang Zeti Khalid dari Zeti Hot Oven.Zeti berpengalaman dalam membuat kek sudah lebih sedekad. Mula memasak sejak usia tujuh tahun. Aktif berkongsi resipi setelah bereksperimen di dapur melalui media sosial IG & FB. Dia juga pernah menyumbang resipi membuat kek dan masakan di majalah tempatan dan televisyen bagi program jemputan masakan.

Nampak mudah resipi Daging Hitam Manis yang dikongsi oleh Zeti. Syaratnya kena ada kicap manis dan gula melaka. Rugi kalau tak cuba. Ia boleh disajikan bersama nasi dan roti. Sesuai untuk dibekukan juga. Menggunakan bahan yang mudah dan ringkas ,sangat senang untuk disediakan waktu PKP ini.

Jom kita cuba, RASA kongsikan resipi penuh membuatnya.

 

KAMBING MASALA KASHMIR

BAHAN-BAHAN:
2kg kambing
200gm minyak
20gm minyak sapi
100gm bawang besar bombay | dicincang
60gm bawang merah
25gm bawang putih
20gm halia | dikisar halus
10gm buah keras
3 setengah cawan air
tomato | cincang kasar
Lobak merah | cincang halus
Sederi | cincang halus
60gm tomato puri
25gm rempah kari daging
25gm rempah briyani
12gm serbuk cili
(campurkan ketiga -tiga rempah di atas )
120gm yogurt plain
30gm gula merah
10gm garam
10gm serbuk pati daging
10gm serbuk perasa
Daun briyani
200gm susu cair
10gm daun ketumbar | potong halus

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan selama 1-2 minit.
2. Tumis bahan kisar. Kacau hingga garing selama 5-6 minit.
3. Masukkan tomato, lobak merah dan saderi. Kacau selama 3-4 minit.
4. Masukkan tomato puri dan kacau sebentar
5. Masukkan juga campuran rempah. Tambah air sedikit agar rempah tidak hangus.
6. Masukkan lebihan air, yogurt dan perasa. Masak perlahan sehingga terbit minyak.
7. Masukkan daun briyani
8. Seterusnya masukkan kambing. Biarkan mereneh supaya rempah meresap ke dalam daging.
9. Masukkan air, susu dan daun ketumbar. Kacau hingga mendidih.
10. Masak selama 80-90 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

AYAM BAWANG BEREMPAH

 

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam – potong 16
3 biji bawang merah besar – mayang halus
2 helai daun pandan – simpul
Sedikit daun kari
3 sudu makan madu
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/4 sudu makan serbuk cili
1/4 sudu makan garam masala
1/4 sudu makan serbuk kari daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa

BAHAN TUMIS:

4 ulas bawang putih – cincang halus
1 1/2 inci halia – cincang halus
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
4. Tinggalkan minyak gorengan dalam kuali anggaran 4 sudu makan.
5. Masukkan semua bahan tumisan dan masak sehingga bawang perang.
6. Kemudian masukkan daun pandan, daun kari dan kesemua rempah.
7. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa.
8. Masukkan juga sos tiram dan cili sos. Gaul rata.
9. Seterusnya masukkan ayam dan gaul lagi hingga sekata.
10. Tuangkan madu dan masukkan bawang goreng.
11. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

 

 

DAGING HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
2 cawan kicap manis
3 inci / secukupnya gula Melaka
1/4 cawan air asam jawa
Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 sudu makan cili kering

CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sampai empuk.
2. Hiris daging nipis-nipis, ketuk bagi nipis dan gaul dengan kicap manis.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap hingga garing.
4. Dengan guna kuali yang sama, tumis bahan kisar.
5. Masuk daging yang digoreng tadi dan air rebusan daging. Jika ada lebihan kicap perapan daging tadi, masukkan sekali.
6. Perasakan dengan gula melaka dan air asam jawa.
7. Masak hingga kuah agak kering sikit. Siap untuk dihidang.

 

 

https://www.rasa.my/14-aneka-resipi-sahur-yang-mudah-cepat/

Published by
Putri