Kambing Vandaloo Terbaikkk, Wajib Buat Ni!

Share

Sebut pasal kari, ada macam-macam versi kari, tapi kali ini kita cuba kari Kambing Vandaloo. Kari ala India ini memang sedap, tidak terlalu ‘kaw’ rasa karinya, sesuailah dengan tekak Melayu.  Soal rasa memang sedap dan boleh cuba, sebab berbaloi dengan rasanya…

KAMBING VANDALOO

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging kambing-potong dadu
  • 1 biji tomato-kisar
  • 3 tangkai cili merah -kisar
  • 1 tangkai daun pudina-kisar
  • 3 pokok ketumbar-kisar
  • 4 ulas bawang merah-hriis
  • 4 ulas bawang putih-hiris
  • 3cm halia-hiris halus
  • 1batang serai-titik
  • 3 sudu besar rempah kari
  • Rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage)
  • 250gm yogurt
  • 200 ml susu segar
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging kambing dengan tepung dan perahan limau nipis, Gaul rata dan bersihkan dengan air. Kemudian tos.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, bersama serai dan  bahan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyajk.
  4. Masukkan pula daging kambing, kacau hingga daging kecut.
  5. Tuangkan susu cair bersama yogurt dalam masakan, kacau rata.
  6. Kecilkan api, biarkan mereneh hingga pecah minyak, angkat dan hidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin