Kanape Ayam Yang Sedap Dibuat Kudapan Petang

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan dengan semua pembaca satu resipi yang sedap untuk dibuat kudapan pada waktu minum petang. Resipi tersebut adalah kanape ayam.

Kanape ialah sejenis makanan yang dibuat menggunakan kulit risoles lembut. Bentuknya segitiga. Intinya selalu yang menjadi pilihan adalah ayam dan lobak merah.

Jom kita lihat resipinya.

KANAPE AYAM

BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
300 gram isi ayam (hiris kecil)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 batang lobak merah (disagat halus)
1/2 cawan susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panas minyak masak. Kemudian masukkan isi ayam.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau seketika.
3. Masukkan lobak merah. Kacau lagi.
4. Masukkan susu segar, garam, serbuk lada hitam dan tepung jagung.
5. Kacau-kacaukan lagi. Kemudian matikan api.

BAHAN KULIT
200 gram tepung gandum
400 ml susu segar
40 gram minyak jagung
1 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMBUAT KULIT


1. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, susu segar, minyak jagung, telur ayam, garam dan gula. Kacau semuanya sampai tidak berketul.
2. Tapiskan menggunakan penapis.
3. Atas kuali, sapukan minyak masak. Dadarkan adunan sesenduk demi sesenduk secara tipis-tipis.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sekeping kulit kanape. Letak atas pinggan.
2. Sudukan sedikit inti. Letak atas kulit.
3. Lipat bentuk segitiga.
4. Pukulkan 2 biji telur ayam. Celup kanape dalam bancuhan telur ayam tadi.
5. Salut dengan breadcrumb.
6. Panaskan minyak masak secukupnya.
7. Goreng kanape yang siap disalut dengan breadcrumb.
8. Angkat dan sedia dihidang.

Isi ayam.
Sedap dimakan dengan sos cili.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas