Kangkung Goreng Belacan, Makan Dengan Ikan Goreng Pun Dah Cukup

Share

Selalunya menu ringkas seperti kangkung goreng belacan inilah yang mengundang selera. Adakala, tak perlu lauk tambahan lain pun. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah sedap.

Nak tahu cara memasak sayur Kangkung Goreng Belacan yang sedap? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Roha Adrinna

ini. Sedap!

KANGKUNG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN:

3 ikat kangkung

Belacan – Boleh beli online di sini

Cili besar

Cili padi – Boleh beli online di sini

Bawang putih

Bawang merah

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Cuci bersih kangkung. 

Batangnya dipotong dan dibelah dua.

Kisarkan belacan, cili besar dan cili padi, bawang putih dan bawang merah, serta ikan bilis.

Kemudian, tumiskan sehingga garing.

Masukkan batang kangkung yang telah dipotong dan dibelah dua.

Masukkan pula daun kangkung.

Gaulkan dan masak seketika. Dah siap.

Kredit: Roha Adrinna

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida