Orang kata kangkung ni sayur murahan tetapi sayur murahan ini banyak khasiat dan sangat sedap jika digoreng bersama belacan. Ada juga sesetengah orang menambah sotong di dalam menu ini. Tidak kira bagaimana pun caranya, resipi dari Dapur Lazz ini wajib anda cuba. Sedap dan gerenti jadi! Caranya nak masaknya tersangatlah mudah. Selamat mencuba.
Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
Bila sebut ayam golek, mesti terfikir nak kena masak guna ketuhar kan? Tak apa, bagi yang tak ada oven, anda masih boleh masak ayam golek yang sedap untuk keluarga. Masak guna kuali je. Sangat senang. Jom lihat resipi & bahan-bahan yang diperlukan.
1. AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut dan garing di luar apabila digoreng.
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Pes percik boleh disediakan awal dan disimpan dalam peti sejuk. Panaskan semula sebelum digunakan. Ia membantu kerja anda menyiapkan hidangan pengantin.
3. AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal, keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
INFO CHEF:Jika tidak mahu menggunakan cili kering boleh tukar dengan cili merah. Atau ingin lebih pedas boleh campur cili padi.
Sotong Bakar Thai ni memang padu habis! Ilham dari negara Gajah Putih, sekali rasa terus jatuh cinta. Lagi best kalau makan panas-panas memang layan habis! Resipi dari saudari Alia Adila Hassim ni bukan je sedap, tapi senang gila nak buat. Wajib cuba!
CARA MASAK SOTONG BAKAR THAI
BAHAN PERAPAN SOTONG:
8 ekor sotong | dibersihkan
2 sudu teh gula
1-2 sudu makan kicap manis cair
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus.
2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit.
3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing.
BAHAN SOS PEDAS THAI:
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah | cincang
7-8 biji cili padi
1 akar ketumbar
1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka
Sos ikan @ nampla secukupnya
3-4 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 pokok daun ketumbar | cincang halus
Sedikit air suam
Garam jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dan gula kabung thai hingga lumat.
2. Campurkan dengan jus limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan daun ketumbar Gaul sebati. Jika kuah agak pekat, tambah air suam.
3. Rasa sosnya. Pastikan seimbang rasa masam, manis, pedas dan masin.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!