Kangkung antara sayur yang sedap dan murah. Selain digoreng biasa, satu lagi idea mengolah sayur ini adalah dengan membuat kangkung tumis cili bersantan.
Kombinasi paling menarik untuk dihidang dengan lauk ini adalah ikan goreng. Makan dengan nasi panas memang berselera. Cara membuatnya pun mudah.
Bahan-bahan
Kangkung -dipotong
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
1 sudu cili kisar
Santan segar/santan segera
Garam
Serbuk perasa
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga bawang masak.
3. Kemudian masukkan sayur kangkong. Kacau sebati engan bahan tumisan.
4. Masukkan garam dan perasa. Bila kangkung agak layu tuangkan sedikit santan. Kacau rata seketika kemudian oleh tutup api dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Syalfarina Razali