Karangkraf Keluarkan Pelitup Muka Bersama ‘Hygiene Case’ Yang Suci & Bersih Pertama Di Malaysia

Share

Pandemik Covid 19 memberi impak besar kepada masyarakat di seluruh dunia. Penularan wabak yang belum dikumpai vaksinnya ini menyaksikan kematian berjuta-juta manusia tanpa mengira peringkat umur dan angkanya makin meningkat saban hari.

Ketiadaan vaksin yang mana masih diperingkat uji kaji ini menjadikan penggunaan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan serta memperlahankan virus ini dari merebak dengan lebih aktif.

Kebergantungan pada kedua-dua bahan ini menjadikan harga pelitup muka terutamanya naik dengan mendadak sedangkan kualitinya sangat tidak memuaskan malah cara pemprosesannya juga diragui.

 

CIRI-CIRI PELITUP MUKA YANG DISARANKAN OLEH WHO

Kini, dipasaran terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang boleh didapati. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada juga yang dihasilkan dari fabrik. Mana satu agaknya pelitup muka terbaik buat anda?

Pelitup muka digunakan bagi menapis titisan cecair halus yang mengandungi virus Covid 19. Oleh itu, penggunaan pelitup muka yang benar-benar tepat amat penting bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus ini.

Menurut sumber dari page Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut iaitu:

1. PELITUP MUKA PERUBATAN (MEDICAL)

Pelitup muka perubatan seperti 3 ply surgical mask yang kebiasaannya digunakan oleh petugas kesihatan. Namun ianya juga disarankan bagi orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan.

Di kawasan di mana jangkitan COVID-19 berlaku dan penjarakan fizikal sukar diamalkan, pemakaian 3 ply surgical masks juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN (NON-MEDICAL).

 Penggunaan pelitup muka bukan perubatan adalah disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran yang sesak. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis pelitup muka bukan perubatan di pasaran.

 

KARANGKRAF HASILKAN PELITUP MUKA PERUBATAN BUATAN MALAYSIA

Jika sebelum ini, bekalan pelitup muka diimport dari negara luar, kini rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega kerana Karangkraf Medicare telah menubuhkan kilang pembuatan pelitup muka buatan Malaysia yang menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysa (KKM) serta WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Karangkraf Medicare merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang pembuatan. Malah, Karangkraf Medicare juga merupakan 100% syarikat Muslim yang menceburkan diri dalam bidang pengeluaran pembuatan pelitup muka kesihatan di Malaysia.

Berpegang pada tagline ‘Bersih & Suci’, Karangkraf amat komited dalam menghasilkan pelitup muka perubatan (Medical Face Mask) terbaik tapi dijual pada harga rendah untuk kegunaan rakyat negara ini.

Bersih & Suci diaplikasikan dari segala aspek bermula dari kakitangan pengendali hinggalah ke proses akhir pembuatan pelitup muka.  Ia terbukti dengan pembinaan kilang khusus untuk pembuatan pelitup muka lengkap dengan ‘clean room’ dan kakitangan diwajibkan memakai sut PPE yang bertujuan untuk memastikan kebersihan produk terjamin. Jadi pengguna boleh menggunakan pelitup muka Karangkraf dengan yakin dan tanpa rasa was-was.

 

 

KEISTIMEWAAN PELITUP MUKA KARANGKRAF

1. Pelitup muka Karangkraf adalah gred perubatan (medical face mask)

2. Dihasilkan dari bahan berkualiti tinggi serta cara pembuatan yang suci dan bersih.

3. Produk keluaran Malaysia dan dihasilkan oleh usahawan bumiputera Muslim

4. Pelitup muka Karangkraf telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019.

5. Mempunyai keupayaan menapis bakteria (BFE) melebihi 98% & keupayaan menapis zarah dan virus (PFE) melebihi 95% dan dibuktikan melalui ujian Eurofins Lab.

6. Diperbuat daripada 3 lapisan fabrik utama iaitu:

  • Lapisan luar (diperbuat dari pp non-woven) – berfungsi menghalang dan menapis partikel, habuk-habuk, debu & air daripada masuk)
  • Lapisan tengah (diperbuat dari fabrik melt-blown) – diperakui 98% keberkesanannya dalam menapis serangan virus dan bakteria agar tidak tembus ke wajah.
  • Lapisan dalam (diperbuat dari fabrik non-woven) – berfungsi memberikan rasa selesa, pengaliran udara yang baik, memudahkan pernafasan & menyerap haba berlebihan.

7. Pelitup muka Karangkraf tidak memberikan rasa panas, rimas ataupun sesak nafas.

8. Sedang dalam pensijilan ISO 13485: 2016 Medical Device & sedang menjalankn usahasama dgn SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.

9. Dijual dengan harga lebih murah.

10. Ditawarkan dalam 2 varian iaitu pelitup muka Karangkraf & & Karangkraf Plus.

 

PELITUP MUKA KARANGKRAF:

  • Kuantiti: 30 keping pelitup muka
  • Tidak mempunyai HYGIENE CASE
  • Didatangkan dengan 6 pilihan design kotak yang menarik.

PELITUP MUKA KARANGKRAF PLUS:

  • Kuantiti: 10 keping pelitup muka
  • Setiap keping pelitup muka disertakan bersama HYGIENE CASE dalam setiap kotak.
  • Didatangkan dengan 6 pilihan ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ HYGIENE CASE.

Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.

Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.

‘Hygiene Case’ didatangkan dalam 6 design menarik iaitu:

  • Floral
  • Frontliners
  • Classic
  • Musical
  • Geometric
  • Tropical

Berminat nak jadi antara yang pertama miliki pelitup muka Karangkraf & Karangkraf Plus? Dapatkan secara terus di Karangkraf Mall, Seksyen 15 Shaha Alam atau secara online di www.karangkrafmall.com.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh juga layari FB Karangkraf Medicare.

Published by
Nur