Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
Jadikan kari ayam kampung Kerala nih kalau jadikanjuadah sahur pun sedap sangat nih Lagi pula makan dengan capati, memang terbaiklah.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
- 2 biji bawang merah besar-dihiris
- 1 sudu makan halia-ditumbuk halus
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan rempah ketumbar
- 2 biji tomato-dipotong kecil
- 2 biji cili hijau-dipotong empat
- *5 biji gajus
- *5 biji badam
- *3 biji buah keras
- *2 sudu makan serbuk kas kas
- *2 sudu makan kelapa
- 2 helai bay leaf
- 1 batang kayu manis
- 2 biji pelaga
- 2 kuntum cengkih
- Garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
- Daun kari segenggam
- Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
- Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
- Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
- Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
- Tambahkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
- Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum
campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.
CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung atta alagapas
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
- Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.
2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.
3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.
3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.
4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.
6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rèyñùģhà Ànbàrâsü