Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kari ayam tanpa santan dan juga tanpa menggunakan rempah empat sekawan. Resipi ini daripada blog Dr. As Zulqa yang sememangnya kerap berkongsi resipi yang amat menarik.
Menurut Dr. As Zulqa, resipi ini mendapat maklum balas yang positif daripada pengikutnya di Youtube.
“Kari ayam tanpa santan walaupun dimakan banyak, tidak berasa muak. Perkongsian resipi ini di channel youtube telah mendapat banyak maklum balas positif daripada penonton yang telah mencubanya sendiri. Kari ayam tanpa santan ini merupakan resipi kari ringkas dan mudah tapi sedap. Tak perlu risau tiada santan atau rempah empat sekawan, kari ayam tetap sedap!” kata beliau.
Selain itu, Dr. As Zulqa turut menyatakan bahawa kari ayam ini boleh dijadikan bekal ke tempat kerja atau sekolah. Ini kerana tempoh masa memasak yang tidak begitu lama, sangat menyenangkan untuk ibu-ibu menyediakan bekal.
“Boleh dimakan bersama nasi putih. Kalau tak mahu makan nasi, boleh bawa kari ayam tanpa santan ini bersama roti jala atau roti sandwic sahaja. Cara masak kari ayam tanpa santan ni mudah dan simple, tak memerlukan masa yang lama untuk ibu-ibu berada di dapur,” tambah beliau.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang merah besar (dihiris mayang)
5 ulas bawang putih (dihiris mayang)
2 inci halia (dihiris)
3 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam (bancuh dengan sedikit air)
1/3 ekor ayam (potong kecil dan basuh bersih)
4 biji kentang (1 biji belah 4)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
2. Masukkan bancuhan serbuk kari ayam.
3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan potongan kentang.
6. Biarkan ayam dan kentang sehingga separuh masak serta sebati.
7. Kemudian masukkan asam keping.
8. Masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa.
9. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.
10. Siap dan boleh dihidang.
TIP DR. AS ZULQA
Petua masak kari ayam sedap, sewaktu menumis rempah kari, rempah kari kena betul-betul masak sehingga pecah minyak. Kalau tidak pecah minyak, rempah karinya tidak masak sempurna. Itulah jawapannya kenapa kari terasa pahit dan rasa payau.
Untuk lebih faham cara masak kari ayam yang betul, boleh tonton video kat bawah ini.
https://www.youtube.com/watch?v=G61E4ulVzsQ&t=187s
Sumber: www.aszulqa.com