
Kari daging ala India ni bezanya dengan kari masyarakat Melayu adalah tiada penggunaan santan. Rasanya sedap dan berempah. Memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas ataupun dicecah dengan roti.
KARI DAGING ALA INDIA

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu
2 peket kecil rempah kari daging
3 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih | dimayang
5 ulas bawang merah | dimayang
2 cm halia | dimayang
2 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
4 cawan air
3 biji kentang | belah 4
CARA MEMBUAT
1. Basuh daging. Toskan. Gaul daging dengan rempah kari daging dan kerisik. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Selepas bahan tumis agak kering, masukkan daging.
4. Masukkan 1 cawan air. Biarkan daging masak dan pecah minyak.
5. Masukkan lagi air. Masukkan kentang.
6. Biarkan kentang empuk. Masukkan cili besar yang dipotong-potong jika suka.
7. Matikan api. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
2 Menu Jerman & Russia Ilham Pensyarah Muda Sg Academy. Usia Mereka Belum Pun Cecah 30 tahun…

Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.

Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.


Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .
ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS

BAHAN-BAHAN :
- 150gm daging batang pinang
- 50gm cendawan tiram
- 50gm cendawan butang
- 50gm cendawan portabelo
- 50ml minyak zaitun
- 3 gm daun thyme | dicincang halus
- 6 keping ayam salami
- Garam secukup rasa
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
- 200gm tulang lembu
- 30gm puri tomato
- 30gm mentega
- 30gm tepung gandum
- 25gm lobak merah | dihiris
- 15gm saderi | dihiris
- 50gm bawang holland | dihiris
- 2gm daun rosemary | dicincang halus
- 5gm daun parsli | dicincang halus
- 2gm daun salam | dicincang halus
- 1 liter air
Bahan Puff pastry:
- 400gm tepung gandum
- 50gm mentega
- 220ml air sejuk
- 300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’.
6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.
7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .
9. Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.
12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:1-2 0rang
Waktu memasak: 2 jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)
Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)
Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
- 240gm tepung gandum
- 1biji telur
- 5gm serbuk lada hitam
- 5gm serbuk cili
- 5gm garam
- 5gm mentega
Bahan ditumis :
- 200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
- 50gm daun parsli | dicincang halus
- 35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
- 30gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 15ml minyak zaitun
- 3gm serbuk cili
- 2gm daun rosemary |dicincang halus
- 2gm thyme | dicincang halus
- Garam secukup rasa
- 60ml susu segar
- Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Sesekali Ubah Selera, Cuba Resipi Bakso Sedap & Simple

Selalu sangat makan nasi dan hidangan lauk yang lain, sesekali kita ubah selera pula.
Apa kata kali ini, kita buat hidangan bakso simple tapi rasanya sangat sedap!
Resipi yang dikongsi Qasih Jue Aisya ini, sangat mudah disediakan dan tak mengambil masa yang lama pun.
BAKSO SIMPLE

BAHAN SUP:
2 labu bawang besar – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 sudu besar lada hitam – beli online di sini
(semua bahan di atas kisar halus)
TONTON Mudahnya Nak Masak Creamy Garlic Butter Chicken

CARA-CARA:
1. Panaskan periuk. Masukkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi.
2. Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan air. Gaul sebati.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan seketul pati kiub ayam, sedikit garam. Bila kuah dah mendidih, masukkan bebola daging.
4. Reneh sampai bebola daging masak dan empuk. Bila dah masak, tutup api.

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap
BAHAN BUAT BEBOLA DAGING:
250gm daging kisar
3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
1 sudu besar garlic in olive oil
½ sudu besar lada putih
1 biji putih telur
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan uli sehingga semuanya sebati.
2. Bentukkan menjadi bulat-bulat. Bila dah siap, masukkan ke dalam sup bakso. Tapi kalau nak cepat, boleh beli yang dah siap, balik terus masak saja.

BAHAN SAMBAL CILI MERAH PEDAS:
20 tangkai cili padi merah – beli online di sini
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili kering – beli online di sini
2 ulas bawang putih
Secubit garam

CARA-CARA:
Kisar mentah semua bahan di atas, kemudian tuang ke dalam mangkuk.

BAHAN RAMPAI UNTUK HIASAN:
Daun sup
Tauge
Bawang goreng

SOS TAMBAHAN PENYEDAP BAKSO:
Sos cili – beli online di sini
Sos tomato – beli online di sini
Kicap manis kipas udang – beli online di sini

*Waktu nak makan, tuang semua kicap dan sos ini sesuaikan rasa. Jangan lupa letak sambal cili pedas berapi. Yang ni membuatkan bakso sedap, rasa masam manis pedas.
Kredit resipi: Qasih Jue Aisya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Asam Pedas Daging Tetel Melaka

Sebut sahaja asam pedas terus terbayang akan kuahnya yang masam dan pedas. Buat asam pedas kena tahu seimbangkan rasa agar tidak terlalu masam dan cukup rasa. Rasanya asam pedas juga berbeza-beza bergantung kepada penggunaan bahan utama yang diletakkan. Rasa asam pedas ikan merah dan jenahak juga berbeza . Nah kali ini min nak kongsikan resipi membuat asam pedas daging tetel. Memang kecur liur dibuatnya.
Asam Pedas Daging Tetel Melaka
Bahan-bahan:
Daging ada juga lemak sikit bru sedap
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Daun limau purut
Lengkuas -dititik
Serai -dititik
Ketumbar
Lada hitam
Jintan putih
Jintan manis sy da bcampur dgn ketumbar
Blender sekali dgn bwang kunyit di atas
Cili kisar
Kerisik
Air asam jawa
Cara memasak:
1.Tumis bahan yg di kisar & rempah ratus tadi besama cili sampai naik bau ..garing

2.Masukkan daging ketukkan serai gaulkan

3.Masukkan air tutup periuk dan renehkn pada api yang sederhana sehingga daging tu empuk

4.Bila dah empuk masukkn air asam jawa garam perasa & kerisik

5.Siap asam asam pedas daging tetel..
Kredit : Aishah Ismail

