Kari Daging Ala India, Sedap Dimakan Dengan Nasi Atau Roti

Share

Kari daging ala India ni bezanya dengan kari masyarakat Melayu adalah tiada penggunaan santan. Rasanya sedap dan berempah. Memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas ataupun dicecah dengan roti.

KARI DAGING ALA INDIA

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu
2 peket kecil rempah kari daging
3 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih | dimayang
5 ulas bawang merah | dimayang
2 cm halia | dimayang
2 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
4 cawan air
3 biji kentang | belah 4

CARA MEMBUAT
1. Basuh daging. Toskan. Gaul daging dengan rempah kari daging dan kerisik. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Selepas bahan tumis agak kering, masukkan daging.
4. Masukkan 1 cawan air. Biarkan daging masak dan pecah minyak.
5. Masukkan lagi air. Masukkan kentang.
6. Biarkan kentang empuk. Masukkan cili besar yang dipotong-potong jika suka.
7. Matikan api. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas