Kari ni rasanya seperti kari Melayu. Rasanya lebih kurang kari yang kita biasa makan dengan roti jala tu. Tak terlalu berempah. Lebih kepada berlemak. Sedap makan dengan roti dan nasi panas.
Mudah disediakan, 15-20 minit dah siap. Itu pun mereneh yang lama sikit. Penyediaan bahan pun tak sampai 5 minit.Bahan asas ada 4 sahaja, tapi bolehlah tambah ikut kemampuan atau situasi.
Kari Ekspres Rahmah
Bahan-bahan:
6-8 orang makan
1 ekor ayam
1 kotak santan (200ml)
4 kiub Kari Maggi
1 keping asam gelugur
Cara memasak:
1.Masukkan santan dalam kuali. Reneh sehingga menggelegak. Saya tak gunakan minyak. Nanti sebahagian santan ni akan pecahkan minyak. Lemak ayam pun akan jadi minyak.
Ads
2.Masukkan kiub kari. Formulanya, ½ ekor ayam = 2 kiub kari. Saya masak seekor ayam, maka kena pakai 4 kiub. Satu kotak kiub kari ni, ada 6 kiub di dalamnya.
3.Tumis campuran santan dan kiub kari tadi sampai terbit minyak. Gunakan api kecil atau sederhana. Jangan gunakan api yang besar. Waktu ni saya tak ada tambah air lagi.
4.Dah terbit minyak, masukkan ayam, besarkan api dan gaul sampai sebati. Air ayam akan mula keluar,kemudian lemak ayam akan mula mencair menjadi minyak.
5.Tambah 500-1000ml air masak atau sehingga ketulan ayam tenggelam. Kalau nak cepat, masukkan air panas. Kuatkan api dan reneh ayam.
6.Masukkan asam gelugur. Kalau nak guna asam jawa pun boleh.
7.Masukkan daun kari, kentang dan lobak merah kalau ada. Ada orang suka letak daun limau purut dan serai dalam kari. Boleh sahaja, tak salah. Tambah air jika perlu. Reneh sampai ayam masak.
8.Akhir sekali, masukkan tomato. Siap! Senang,kan? Tak perlu letak garam. Kiub kari tu dah ada garam. Kecuali kalau kalian buat kari yang kuahnya banyak, maka kena tambah garam.
Pencinta makanan pedas pasti suka lauk yang min kongsi ni. Ayamnya dimasak simple je tapi cili dia, hah…jangan tak tahu. Pijor mulut weh. Bagi anda yang sukakan lauk yang bercili, resipi ni sesuai sangatlah anda cuba. Tak perlu lauk lain. Cukup sekadar dengan nasi panas dan ulam timun. Pasti bertambah makan.
SAMBAL AYAM CILI HDUP
BAHAN-BAHAN:
8-10 ketul daging ayam
15 biji cili api ] ditumbuk
3 ulas bawang kecil ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ] ditumbuk
2 biji bawang besar ] dihiris Sedikit serbuk kunyit sedikit
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian gaul dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng ayam. Tidak perlu terlalu garing.
Keluarkan sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk hingga sedikit garing. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Kemudian masukkan ayam goreng dan bawang besar tadi dan kacau rata.
Ayam Goreng 65 antara menu favourite kalau makan di kedai mamak. Makan dengan nasi dan kari, memang layan. Ramai juga cuba resipi ni di rumah tapi tak menjadi. Rupanya nak goreng pun ada caranya. Nak tahu caranya? Kali ini jom kita belajar cara memasak Ayam Goreng 65 mengikut resipi perkongsian Sheena Supramaniam.
1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan semua bahan perapan ayam dan gaul sebati.
2. Tutup mangkuk dengan aluminium foil atau masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dan maksimum semalaman. (Empunya resipi perap selama 4 jam)
3. Selepas perap, masukkan tepung jagung dan tepung beras.
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
5. Panaskan minyak dan biarkan api kecil sehingga minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit.
6. Bila api sudah panas, masukkan ayam dan naikkan api kepada sederhana besar.
7. Selepas masukkan ayam, jangan kacau selama 2 minit. Kemudian, pusing sebelah lagi dan biarkan selama 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Masa untuk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit sahaja.
8. Angkat ayam dan perah sedikit limau nipis sebelum dimakan.
Kali ini RASA ingin kongsikan cara buat ayam masak merah dengan menggunakan versi paling simple. Yalah, kadang kita tak ada banyak bahan di rumah untuk membuat ayam masak merah yang cukup lengkap bahannya seperti resipi masakan kenduri.
Nah, dengan bahan-bahan paling minimum, anda sudah boleh menikmati ayam masak merah yang sedap.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
1/2 senduk cili kering (direbus dan dibuang biji)
5 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN
8 ketul potongan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air (jika suka ada kuah)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
CARA MEMBUAT
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam namun jangan terlalu kering.
3. Angkat ayam dan kurangkan minyak masak.
4. Dengan sedikit baki minyak masak yang ditinggalkan dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
6. Jika suka berkuah sedikit, masukkan air.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan potongan bawang besar.
9. Gaul sebati sehingga keseluruhan sos membaluti ayam.
10. Siap!
Inilah dia resipi ayam masak merah yang cukup simple. Tidak perlu serai dan bahan-bahan lain. Sesuai untuk orang bujang.