Jom hari ini kita masak ikan kembung mamak style. Makan dengan nasi panas memang best sangat. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim  pasti menjadi.Masak kari akan sedap dan sebati bila dah satu jam selepas masak.Kuah kari akan rasa masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam tu tak sebati lagi dengan kuah.Selepas satu jam kita makan semua rasa dah sebati dan sempurna. Selamat mencuba.

KARI IKAN KEMBUNG

 Bahan-bahan:

A)

  • 4 ekor ikan kembung
  • Daun kari (banyak pun tak pe sebab aromanya yang sedap)
  • ½ halba campur (wajib ada kalau buat kari ikan)-beli online di sini
  • Rempah 3 sekawan

Kari Ikan Kembung Mamak, Ikut Cara Betul Gerenti Menjadi

B)

  • Halia sikit dah cukup
  • 5 biji bawang kecil (ni yang sedap sebab rasa manis)
  • 4 ulas bawang putih
  • (Blender halus kalau boleh jangan banyak air)
  • Tomato potong dadu 1 biji(wajib ada kalau masak kari ikan)

Kari Ikan Kembung Mamak, Ikut Cara Betul Gerenti Menjadi

Ads

D)

C)

  • 1 peket rempah kari ikan cap o (guna habis)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu serbuk cili-beli online di sini
  • Bancuh dengan air

Kari Ikan Kembung Mamak, Ikut Cara Betul Gerenti Menjadi

E)

  • 4 sudu santan .Kalau tak mahu letak pun tak apa

F)

  • Nak letak bendi/terung

Cara memasak:

1.Tumis bahan A sampai naik bau. Memang kena guna minyak banyak.Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya.

2.Lepas naik bau baru masukkan bahan B ,bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak.Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.

3.Masukkan pulak air asam jawa.Agak-agak nak kuah banyak mana.Jangan cair sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak.

4.Masukkan ikan.

Kari Ikan Kembung Mamak, Ikut Cara Betul Gerenti Menjadi

5.Masukkan santan sikit.Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik.

6.Letak garam kemudian letak bendi atau tomato belah 4.Ikut cita rasa masing-masing.

Ads

7.Siap untuk dihidang.

Kredit: Siti Nor Azizah Rahim

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Cuci Periuk & Kuali Guna Sabun Ni Je. Berkilat Macam Baru

Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah

Ads

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c32hr

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI