Sebut tentang lauk kari ikan, memang terasa-rasa kesedapannya. Apatah lagi, saat menjamu selera dengan Kari Ikan Kembung Stail Mamak yang pekat dan sedap kuahnya.
Nak tahu apa rahsia kari ikan stail Mamak ini sedap? Boleh tengok pada cara memasaknya di bawah ini yang dikongsikan oleh Siti Nor Azizah Rahim.
Menurutnya, kari ikan kembung ini pasti sedap jika mengikut sukatan yang sama seperti di dalam resipi ini. Jika nak lebihkan ikan, maka lebihkan juga sukatannya. Jom kita buat.
Tumiskan bahan A sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menjadikan kuah kari cantik warnanya. Ini tips paling penting. Bahagian ini, ada sesetengah orang gagal buat.
Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan bahan B. Apabila semua telah sebati, masukkan pula bahan C.
Tumis lagi sampai pecah minyak. Tumiskan sekali tomato yang telah dipotong dadu tadi sehingga semuanya sebati.
Ads
Kemudian, baru masukkan air asam jawa. Agak-agak sama ada mahukan kuah banyak atau sedikit. Sesuaikan dengan kuantiti ikan. Cuma, jangan cair sangat. Nanti kurang sedap. Lebih baik buat kuahnya agak pekat, barulah stail mamak!
Selepas itu, bolehlah dimasukkan ikan kembung. Masukkan juga santan. Ini pilihan. Jika tak mahu letak santan pun tak mengapa.
Biarkan masak sampai pecah minyak, sehingga kuahnya jadi cantik begini.
Perasakan dengan garam. Masukkan pula sayur bendi, terung atau tomato dibelah empat mengikut cita rasa masing-masing.
Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
NOTA: Lauk kari ini akan sedap dan sebati setelah satu jam selepas masak.
Kuah kari akan rasa masam masa kita merasa ketika sedang memasak. Ini kerana air asam jawa masih belum sebati lagi dengan kuah. Selepas 1 jam, ketika kita makan, ketika itulah baru rasa sempurna lauk kari kita.
Selain masak stim dan tiga rasa, ikan siakap juga sedap kalau dimasak pedas. Ringkas saja nak buat siakap masak pedas. Tapi jangan lupa letak daun limau purut untuk bangkitkan cita rasanya. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Kentang ikan bilis cili berempah ni memang lauk yang simple dan mudah nak buat. Kalau tak lalu makan, lauk macam ni lah yang dicari untuk membuka selera.
Letak kentang dan bagi pedas-pedas sikit barulah sedap kena dengan selera. Nak makan dengan nasi putih atau bubur pun sesuai.
Kalau rasa nak buat lebih, boleh simpan dan panaskan bila nak makan. Lauk macam ni yang tak lalu makan pun boleh makan bertambah.
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK
Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan Dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )
Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup . ( Angkat dan ketepikan )
Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
Perlahankan API , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata.
Masukkan kicap , serbuk perasa dan Gaulkan sebati.
Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika .
Bagi ibu-ibu yang hamil, pastinya anda memerlukan sajian yang penuh khasiat serta kaya nutrisi bagi memastikan kesihatan diri dan juga bayi berada di tahap yang optimum. Oleh itu khas buat anda, RASA kongsikan 10 resipi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan menu di sepanjang tempoh kehamilan.
1. SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
2. SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
Kukus semula dalam lima minit.
Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
3. SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Salmon Panggang:
2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
BahanSayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.
INFO CHEEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
4. ASAM REBUS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
2 tangkai cili merah | belah dua
3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3-4 tangkai cili padi | titik
3cm halia | titik
3cm inci lengkuas | titik
11 batang serai | titik
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit.
Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
Sedia dihidangkan.
5. SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
6. KERABU KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
7- 8 batang kacang botol | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1 batang bunga kantan | hiris
2 tangkai cili merah | hiris
3-4 tangkai cili padi | hiris
1 cawan kelapa | putih sahaja
Jus limau nipis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan bunga kantan dalam mangkul. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
Gaul rata dan hidangkan.
Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.
INFO CHEF: Kacang botol muda mempunyai banyak kalsium, besi dan vitamin A dan kaya protein.
7. SALAD SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
4-6 biji tomatao ceri | belah dua
1 biji cili benggala hijau | hiris
Sedikit salad Butterhead | hiris
Sedikit salad Red Coral | hiris
Dua kelopak kobis unggu | hiris
1 biji bawang holand | hiris bulat
1 batang timun Jepun |hiris
2 sudu makan keju parmesan
Bahan Dressing:
1 sudu makan minyak zaitun
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Semua bahan hirisan di masukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
Sementara itu di dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan dressing.
Kacau rata, dan tuangkan di dalam mangkuk berisi isian salad.
Gaul rata, setelah secukup rasa.
Taburkan keju pemersan di atas salad sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan simpan asingkan sos dengan isian salad dan simpan dalam peti sejuk.
8. YEE MI WANTAN KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket yee mi
250gm isi ayam | potong kecil
2 pokok sawi |potong dan celur
2cm halia muda | hiris nipis
10 biji wantan segera | goreng
Bahan Kicap Untuk Mi:
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih | cincang
1 cawan stok ayam
Bahan Perapan Ayam:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan madu
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup. Masukkan bawang besar,garam dan lada sulah.
Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.
INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.
9. CAPATI KUAH DAL
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung Atta
1 cawan air suam
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak zaitun
Bahan Kuah Dhal:
200gm kacang Dhal | rebus hingga empuk
1 cawan susu rendah lemak
2 biji kentang | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | cincang halus
4 tangkai cili kering | potonng kecil
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung Atta dalam mangkuk. Bulatkan ditengah tepung.
Kemudian tuangkan air suami yang dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit,
Gaul rata sehingga menjadi doh lembut.
Tambah minyak zaitun dan terus uli.
Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian.
Bulatkan dan dan letak dalam bekas. Kemudian tutup dengan tuala lembap, rehatkan 30 minit.
Untuk mencanai, tabur tepung atas meja.
Ambil 1 biji doh, leperkan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, Canai hingga semua doh habis. Panaskan kuali tidak lekat. Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak.
Untuk menyediakan kuah Dhal. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit dan cili kering. Goreng seketika.
Seterusnya masukkan kacang dhal yang telah direbus dan kentang, kacau rata.
Tambahkan air susu cair, biarkan kuah dhal mendidih lebih kurang 10 minit.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama capati.
10. LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan tenggiri
250gm isi udang
Isi ikan kurau masin
4 sudu makan udang kering | rendam hingga lembut
2 sudu makan kerisik
2cm lengkuas | titik
4 – 5 keping asam gelugor
12 ulas bawang merah | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kari ikan
2 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu makan jintan manis serbuk
2 liter susu rendah lemak
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Ulam-Ulaman:
Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan
Kacang panjang | dihiris halus
Daun kesom | hiris halus
Daun selasih | hiris halus
Timun, ambil bahagian luar sahaja | hiris halus
Bawang besar | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
Sambal belacan
Spageti | rebus dan tos
8-10 biji Limau kasturi | dibelah dua
CARA MEMASAK:
Untuk kuah, satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk dan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes rempah dan ketepikan.
Sementara itu panaskan air hingga mendidih, kemudian celur udang. Kemudan asingkan kulitnya, kisar halus.
Isi ikan tenggiri yang dikukus juga dikisar halus. Begitu juga dengann udang kering dan ikan masin kurau. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak. Kacau rata dan biar mendidih.
Tuangkan susu rendah lemak dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
Masukkan isi ikan kisar, udang kisar, udang kering dan isi ikan masin kurau kisar.
Seterusnya, masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
Kacau dan masak dengan api perlahan lebih kurang satu jam
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya sebelum diangkat.
Untuk menghidangkannya, masukkan spageti dalam mangkuk. Kemudian tuang kuah laksa secukupnya.
Kemudian hias dengan bahan-bahan ulaman dan hidangkan bersama sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan tenggiri, anda boleh juga gunakan ikan parang.