Kari Ikan Merah Bubuh Santan Sikit Je Pun Dah Sedap

Share

Kari ikan merah ini tak bubuh santan banyak sangat. Tapi sudah cukup rasa lemak dan sedapnya. Lagi pun, rasanya lebih ‘ringan’ dan tak muak.

Hari ini merupakan hari pertama Ramadhan 2023. Dah terfikir apa nak masak untuk juadah berbuka hari ini? Ha…mungkin boleh cuba resipi kari ikan merah yang dikongsikan oleh Nizam Shah ini.

Kalau masak banyak, boleh simpan untuk sahur sekali nanti. Kari ni, bila kita panaskan lagi sekali, lagi sedap tau.

Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:

3 keping ikan merah

1 paket kecil rempah kari ikan Adabi

1 paket kecil rempah kari pedas ikan Babas

10 batang kacang bendi

7 biji bawang merah – racik – boleh beli online di sini

5 biji bawang putih – racik – boleh beli online di sini

1inci halia – racik – boleh beli online di sini

2 biji tomato – potong empat/enam

3 pelepah daun kari – boleh beli online di sini

2-3 batang cili besar merah – boleh beli online di sini

3 – 4 sudu makan santan

Cili padi hijau ( optional)

Rempah empat beradik – Buah pelaga, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang

Sedikit halba campur – boleh beli online di sini

1 sudu makan biji sawi

Garam – boleh beli online di sini

Mushroom seasoning

Asam Jawa – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Air

Cara Masak Kari Ikan Merah:

Mula-mula bersihkan ikan dengan garam dan limau nipis. Cuci bersih.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia hiris. sampai terbit bau wangi.

Tambah daun kari dan rempah empat beradik serta halba campur dan biji sawi. Tumis lagi.

Masuk rempah kari ikan adabi + rempah kari ikan pedas Babas. Kacau sebati.

Masukkan buah tomato yang telah dipotong.

Tambah air asam jawa dan air untuk kuahnya. Tumis lagi. Kemudian masukkan garam.

Tambah air lagi dan cili padi kalau suka pedas.

Masukkan cili besar merah dan kacang bendi dan santan.

Barulah masukkan ikan. Kacau perlahan supaya ikan tak hancur. Kecilkan api.

Perasakan dengan mushroom seasoning. Biar mereneh. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa