Salah satu kegembiraan bagi kaki pancing adalah dapat menikmati hidangan ikan segar yang dimasak oleh isteri tercinta. Walaupun ikan boleh dibeli di pasar, namun berbeza perasaannya apabila menikmati ikan yang ditangkap sendiri.

Bagi kaki pancing, Ahmad Shahrezza, salah satu lubuk pancing yang digemari adalah Kong Kong, Pasir Gudang, Johor.

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri

Ads

“Kong Kong ni kira kawasan tumpuan kaki pancing jugalah. Lagipun di situ adalah kawasan nelayan. Bagi kaki pancing, Kong Kong ni satu kawasan yang sering menjadi sebutan. Pergi saja mana-mana kawasan laut di situ, mesti ada ikan. Lagi-lagi di bawah Jambatan Senai-Desaru yang menjadi lambang kemegahan Kong Kong,” katanya.

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri
Ikan pari.

Pada 1 Oktober 2022, Ahmad Shahrezza telah pergi memancing di Kong Kong bersama teman-temannya. Salah satu ikan yang ditangkap adalah ikan sagai.

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri
Ahmad Shahrezza bersama ikan sagai yang berjaya dipancingnya.

“Ikan sagai sedap dimasak kari. Isinya lembut dan rasanya manis. Lagi-lagi kalau ikan yang segar baru ditangkap. Isteri saya, Najihah Elias masakkan ikan ini dan saya amat menyukainya,” ceritanya lagi.

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri
Hasil tangkapan di Kong Kong.

Jom kita tengok resipinya.

KARI IKAN SAGAI

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri

BAHAN KISAR
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Ads

BAHAN REMPAH
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
Air secukupnya

BAHAN LAIN
1/2 mangkuk kecil minyak masak
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
2 keping asam keping
1 ekor ikan sagai
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
2 biji tomato

Ads

CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bancuh BAHAN KISAR dengan BAHAN REMPAH.
3. Panaskan minyak masak. Tumis bancuhan BAHAN KISAR dengan BAHAN REMPAH tadi.
4. Masukkan daun kari. Tumis lagi.
5. Masukkan air sedikit supaya tidak terlalu garing. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan ikan sagai. Biarkan seketika dengan api kecil.
7. Masukkan garam dan santan. Kacau sedikit. Biarkan mendidih.
8. Masukkan tomato dan matikan api.

Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri
Nampak sedap, kan?

Kredit: Ahmad Shahrezza

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI