Makan

Kari Ikan Stail India Cara Mak Memang Sedap Ya Amat

Share

Siapa yang teringin kari india yang pekat dan terasa rempah ratusnya, boleh ikut resepi perkongsian Syalfarina. Arwah nenek sebelah abah aku adalah orang india Ceylon,mak cakap,masakan kari arwah nenek aku tu berbeza dari cara kita orang Melayu.

Kari ikan arwah nenek aku tu tersangatlah sedap walau tanpa santan.Tapi mak aku ada adjust sikit sebab abah aku suka ada santan. Guna ikan kembung sahaja dah sedap. Tapi hari ni guna dua ekor ikan talang yang dibelah jadi 5 keping.Ini resepi penuhnya.

Kari Ikan Talang

Bahan-bahan:

2 ekor ikan talang
6 biji bawang merah
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar halba campur
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 kotak kecil santan
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Bahan untuk tumis darat:

2 biji bawang merah- dihiris
Cili hijau
2 tangkai cili kering

Cara memasak:

1. Ambil kuali panaskan minyak. Ambil 6 biji bawang merah dan 1 biji tomato. Goreng dalam minyak sampai layu dan keperangan. Keluar dan tumbuk dalam lesung. Tapi dulu arwah nenek aku giling benda ni.
2. Hiris bawang putih, halia, sesudu besar halba campur. Dengan menggunakan minyak yang sama. Tumis bahan hiris bersama daun kari.
3. Bila dah agak layu, masukkan bahan tumbuk tadi tomato dan bawang merah
4. Masukkan serbuk ketumbar.
5. Masukkan 2 sudu besar rempah kari ikan.

6. Masukkan air sikit dan biar sampai pecah minyak.

7. Dah pecah minyak masukkan ikan. Masukkan 1 kotak kecil santan.
8. Masukkan sedikit air asam jawa.
9. Perasakan dengan garam dan perasa.

Ok part ni penting.
*Ambil kuali lain. Panaskan minyak. Ambil hirisan bawang merah 2 biji. Hirisan cili hidup hijau. 2 tangkai cili kering. Goreng sampai bawang jadi keperangan dan masuk dalam periuk kari. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.

Kredit:Syalfarina Razali

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri