Kari Ikan Tongkol memang cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ni kalau dimakan dengan Nasi Dagang memang padulah. Biar lauk tu mesra dalam periuk beberapa jam, lagi mantap lah rasanya
Jom semak resipi mudah ni, berbaloi untuk dicuba…
KARI IKAN TONGKOL
Ads
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH UNTUK MEMUDAHKAN ANDA DI RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Sedapnya menu Asam Pedas Ikan Kerisini. Makan bersama nasi panas, ikan masin, Sambal Mangga dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin. Nak guna kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba! Saudari Nurul Afidah Catalyst ada kongsikan resipinya.
RESEPI MUDAH ASAM PEDAS KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 4 ekor ikan kerisi saiz sedang 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini Daun kesum Bunga kantan – belah 2 Bendi – jika ada Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit) 1/4 inci lengkuas 3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih. 3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi. 5. Asam Pedas Ikan Kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Sambal tumis memang sedap sesangat. Sambal ni boleh dimakan dengan pelbagai juadah misalnya lempeng, nasi, bubur nasi atau jemput-jemput. Kali ini RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Ayam panggang yang disaluti kuah santan pedas yang lemak berkrim. Hidangan ayam percik yang digemari ramai nak pula bila tiba bulan puasa ini yang dicari-cari. Nak buat sendiri, Ini resipi ayam percik sedap dan ikut selera nak pilih kuah yang mana satu!
AYAM PERCIK ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kilogram ayam
20 gram (g) serbuk kunyit
6 helai daun limau purut
5 keping asam gelugor
30g bawang goreng
2 helai daun kunyit
3 batang serai (dititik)
20g asam jawa (dibancuh dengan air)
60g garam
20g gula
500 mililiter santan
Bahan kisar:
100g bawang besar
50g buah keras
4 batang serai
20g halia
10g kunyit hidup
30g cili kering
3 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN AYAM:
1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar.
2. Bahan kisar tadi dilulur di atas ayam dan diperap semalaman.
3. Keluarkan ayam dari perapan dan bakar selama 40 hingga 50 minit pada suhu 200 darjah celcius.
CARA PENYEDIAAN KUAH:
1. Lebihan perapan tadi ditumis bersama santan dan masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.
2. Masukkan asam gelugur, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut, daun kunyit dan serai yang sudah dititik.
3. Kuah perlu sentiasa digaul untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan dimasak menggunakan api sederhana selama 10 hingga 15 minit.
4. Tutup api dan masukkan bawang goreng.
5. Siap dihidang.
AYAM PERCIK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar. Kukus hingga masak. Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Blend bawang merah dan halia bersama santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping. Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...