Kari Ikan Versi Sihat Guna Yogurt, Rasa Lemak-Lemak Sedap Saja

Share

Biasa masak kari bubuh santan kan? Kali ini apa kata kita cuba masak kari guna yogurt.

Kari versi sihat namanya. Siapa yang menjaga kesihatan dan mahu menikmati kari kegemaran, boleh cuba resipi daripada Umi Watie ini.

KARI IKAN YOGURT

BAHAN-BAHAN:

Ikan (tak kisah nak guna ikan apa)
Yogurt perisa asli
Daun kari – beli online di sini
1 sudu teh halba campur – beli online di sini
1 biji tomato | potong kecil


Bawang merah – beli online di sini
Bawang putih – beli online di sini
Serbuk kari – beli online di sini
Asam keping – beli online di sini
Garam & gula

CARA-CARA:

1.Mula-mula panaskan minyak. Masukkan daun kari dan halba campur. Wajib bubuh halba campur. Barulah kari ikan kita lebih sedap. Kalau kari ayam atau daging tak perlu bubuh rempah campur ini.


2. Goreng daun kari dan rempah sampai naik bau. Masukkan tomato. Ini kita nak naikkan perisa pada kari supaya lebih sedap dan pekat.


3. Bila tomato dah agak layu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus.


4. Tumiskan semua bahan, masukkan serbuk kari. Kacau-kacaukan supaya semua bahan bercampur.


5. Tumis sampai semua bahan tadi naik minyak. Nampak dalam kuali semua bahan dah naik bau wangi. Lepas tu terpisah bahan tumis dengan minyak. Gunakan api kecil tau.


6. Masukkan asam keping untuk rasa masam manis. Masukkan air secukupnya.


7. Masukkan ikan pilihan. Saya guna ikan kacang.


8. Biarkan kuah mendidih. Bila ikan dan masak, masukkan yogurt asli. Jangan guna yogurt perisa mangga pula. Kacau-kacaukan ya biar semua mesra. Takde masam pun kari kita. Rasa lemak-lemak sedap saja.


9. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya. Matikan api. Dah boleh hidangkan nasi.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff