Kari Kepala Ikan Bersama Bendi. Tak Pakai Santan Pun Tapi Memang Power!

Share

Bamia atau bendi memang sedap jika dimasak kari lebih-lebih lagi jika buat Kari Kepala Ikan ni. Malah, resipi ni juga tidak memerlukan santan. Power! Anda kena cuba.

KARI KEPALA IKAN BERSAMA BAMIA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepala ikan merah |belah dua
  • 250gm serbuk rempah kari ikan
  • 250ml air rebusan ikan
  • 200gm bamia (bendi) | potong dua
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 10 helai daun kari |leraikan dari tangkai
  • 2 biji bawang merah besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 ½ inch halia  | kisar
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan serbuk cili kering
  • 100gm air asam Jawa
  • 2 keping asam gelugor
  • Secubit halba
  • Garam, gula  secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar bersama daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan biji halba bersama serbuk cili dan cili kering yang telah dikisar tadi. Kacau sebati (sekiranya ia kelihatan kering boleh masukkan sedikit air rebusan ikan).
  3. Masukkan pula, serbuk kari ikan kacau lagi sehingga sekata dan masukkan air asam Jawa bersama asam keping. Sekiranya tidak berapa suka terlalu masam boleh kurangkan.
  4. Biarkan mendidih  seketika dengan api yang perlahan.
  5. Seterusnya masukkan bamia yang telah dipotong tadi berserta kepala ikan yang telah dibelah dua.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Biarkan ia mendidih sehingga kepala ikan  dan bamia masak.
  8. Sebelum mataikan api,  masukkan tomato.
  9. Biarkan selama 15 minit di dalam periuk sebelum sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda masukkan pelbagai sayuran dalam kari kepala ikan. Tidak terhad dengan bendi sahaja. Contoh boleh masukkan terung.

Published by
Nur