Apa menu Ramadan yang anda teringin nak rasa? Bila tiba bulan puasa ni semuanya menu nampak enak dan terliur nak makan.
Kalau ingin nikmati kari kepala ikan dengan isi yang segar dan dihidang panas-panas, boleh datang ke Restoran D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan. Puas makan, gerenti buat korang tersandar kekenyangan selepas menikmati menu lazat ini.
Setelah lebih tiga tahun beroperasi di Batu 3, Shah Alam, kini D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan berpindah ke lokasi baharu di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Lokasi dan keluasan ruang kedai memberikan keselesaan kepada semua pelanggan terutamanya kepada penggemar Kari Kepala Ikan yang menjadi kegilaan ramai sejak awal penubuhannya.
Dimiliki oleh Ahmad Tarmizi Khalid dan isteri, Akmalzulaila Mohamad, siapa sangka penangan gabungan resipi daripada kedua-dua belah keluarga mereka berjaya mencetuskan rasa sehingga menjilat jari!
Berbekalkan pengalaman dan kemahiran memasak yang diwarisi daripada ibu masing-masing,maka terhasil menu kari kepala ikan mengikut resipi olahan mereka sendiri,mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia yang begitu menyukai rasa kari yang enak.
Menurut Tarmizi atau lebih mesra disapa sebagai Mie, olahan resipi kari kepala ikan ini mengikut pendapat majoriti pelanggan yang datang ke gerai mereka. Setiap hari, D’Warees Resipi mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti Ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong.
Tambah Mie lagi, setiap hari seawal jam 4 pagi dia akan ke pasar borong berhampiran bagi mendapatkan bekalan kepala ikan yang segar. Mengikut rekod mereka, saiz kepala ikan terbesar pernah mereka sediakan kepada pelanggan adalah seberat 7 kilogram.
Selain daripada menu kari kepala ikan yang sentiasa menjadi pilihan di restoran mereka, terdapat menu-menu lain yang turut memikat selera. Antaranya seperti Kari Kambing, Kari Daging Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas, Ulam-Ulaman serta Sambal Belacan dan banyak lagi.
Melengkapkan lagi hidangan, D’warees Resipi turut menyediakan sajian kuih-muih melayu seperti onde-onde, lepat dan sebagainya.
Ini antara komen pelanggan yang merasai kari kepala ikan di sini.
“Sedap! Kalau nak tahu kari tu sedap, bila lepas makan, cuci tangan walaupun
macamana pun cuci dengan sabun…bau dia!!! Yeahhhhhh!” – Nannie Isa
“Good place for fish head curry and mutton curry” – Raz Harun
“Kari kepala ikan dia sedap.. Semua lauk nya semua sedap.. Must try makan kuih onde onde pencuci mulut nya”. – Raziman Rabani
“Kuah kari terbaik!.. Tak terlalu pedas, tak terlalu berempah, tak terlalu cair.. Just nice.. Isi ikan pula rasa segar dan manis.. Kombinasi yang membangkitkan rasa nyaman dari suapan pertama” – Ace Awin
Hah, tunggu apa lagi bawalah keluarga untuk nikmati kari kepala ikan pilihan anda.
D’WAREES RESIPI
NO 26, JALAN OPERA A U2/A, TAMAN TTDI JAYA, SEKSYEN U2,
SHAH ALAM, SELANGOR
017-3242140, 017-3663987
FACEBOOK: D’WAREES RESEPI
INSTAGRAM: dwareesresipi
#dwareesresipi #harihariMAUkari
Waktu perniagaan : 6.30 pagi – 5.00 petang (TUTUP SETIAP JUMAAT)