Kalau anda penggemar kari kepala ikan, kena cuba kari kepala ikan salmon sangat sedap. Alasan susah nak potong kepala ikan, beli je kepala ikan salmon yang sudah dibelah dua atau minta penjual potong kecil siap-siap, balik rumah tinggal cuci bersih dan masak je. Nak makan kedai paling murah RM50 satu kepala ikan. Buat sendiri jauh lebih jimat dan sedap.

KARI KEPALA IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan salmon | belah dua
6 biji kacang bendi | buang tangkai dan hujung
500ml susu rendah lemak
2 sudu makan yorgurt | jika suka
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit air
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak.
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm halia

IKLAN
IKLAN
IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
  2. Tumis bahan hirisan hingga wangi, masukkan daun kari dan halba campur.
  3. Kecilkan api, masukkan rempah dan serbuk cili. Tambahkan sedikit air.
  4. Kacau rata dan api Kembali sederhana.
  5. Biarkan tumisan betul-betul masak, jika kurang air, tambah sedikit.
  6. Setelaha timbul minyak, masukkan air asam, kacau lagi.
  7. Selepas 2-3 minit, masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi.
  8. Diikuti susu cair, yogurt. Biarkan mereneh atas api sederhana.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,
  10. Apabila ikan masak, rasa pun sudah cukup, kecilkan api dan masukkan kacang bendi.
  11. Biarkan 2-3 minit atas api kecil baru tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI