Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bersama halia yang ditumbuk hingga layu dan hampir perang.
Ads
Masukkan bahan rempah tumis dan biarkan api perlahan dan kacau sebati.
Kemudian masuk sedikit air dan tomato. Gunakan api serdehana, Biarkan hingga jadi seperti pes dan pecah minyak.
Masukkan ketam, daun kari, kemudian perisakan dengan garam, gula, perasa dan kacau sebati. Biarkan api perlahan tutup periuk dan masak hingga ketam keluarkan airnya sesekali kacau.
Siap dihidangkan Jika suka kuah lebih cair boleh tambah sedikit air.
Udang galah adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba.
RENDANG CILI PADI UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam. cuci bersih dan toskan
4 sudu besar kerisek
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula
1 helai daun kunyit – hiris halusBAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
30 biji cili padi hijau
2 batang lengkuas – hiris-hiris
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek.
Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata.
Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit,
Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
Padamkan api dapur.
Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen
2. RENDANG UDANG GALAH CILI GILING
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang galah |sederhana besar
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih|dikisar
50 gram buah keras | dikisar
2 batang serai |dikisar
30 gram halia |dikisar
20 gram lengkuas |dikisar
20 gram kunyit hidup |dikisar
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit |dihiris halus
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Kredit Resipi: Puteri Zulaika
3. RENDANG UDANG GALAH 3
BAHAN-BAHAN:
700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan
2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan
4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi
Garam & gula secukupnyaBAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
3 inci halia
1 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
Jika ok, padamkan api & hidangkan
Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot
4. RENDANG UDANG GALAH PERAK
BAHAN-BAHAN:
600 gm udang galah
3 batang serai
2 helai daun kunyit
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
1 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
setengah cawan kerisik
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam.
Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak.
Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan.
5. RENDANG UDANG GALAH MUDAH.
BAHAN-BAHAN:
1kg udanggalah segar
4 btg serai
5 helai daun kunyit | dihiris
10 biji bawang merah |dihiris
1 inci halia| dihiris
1 cawan kelapa parut
3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2).
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kg santan pekat.
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering. Gunakan api perlahan.
Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping.
Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang
Sotong adalah makanan laut yang memang sedap dimasak apa-apa juga jenis masakan. Salah satunya adalah buat kari style mamak. Kalau pergi ke kedai mamak, ada kalanya seram nak pilih lauk sotong. Bimbang harganya yang mahal. Nah, sekarang korang boleh try masak sendiri. Resipinya kami kongsikan.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
BAHAN HIRIS
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
BAHAN LAIN
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Jom masak Paprik Udang Kuah Banjir hari ni. Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!