Kari Mamak Ikan Jenahak. Resipi Istimewa Buat Penggemar Kari Power.

Share

Sesekali masak lauk kari kaw ni, pasti puas hati. Kena pula dengan Ikan Jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya. Bagi anda yang bercadang nak masak lauk kari hari ni, resipi ni boleh dicuba.

 

KARI MAMAK IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan Jenahak
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 250ml santan kotak
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN ISIAN:

  • 5 biji bendi
  • 2 biji terung panjang
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
  2. Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  5. Setelah mereneh, masukkan  ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
  8. Tutup api dan kari sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.

Published by
Nur