Kari masala kacang bendi. Wangi semerbak baunya bila masak. Aromanya pun dah boleh buat perut lapar. Tentu ramai yang suka masakan India kan? Ia penuh aroma dan rempah ratus.
Menurut puan Azy Cullen yang berkongsi resipi ini, dia mendapat inspirasi memasak kari masala kacang bendi ini setelah menonton youtube Grandpa Channel. Ternyata memang sedap.
Panaskan minyak, goreng sekejap bendi dan angkat. Toskan.
Kemudian tumiskan jintan putih, bawang merah, cili hijau, halia yang ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.
Setelah itu, masukkan tomato yang dicincang halus, masukkan serbuk kunyit, garam,garam marsala, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan masukkan serbuk cili, tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bendi yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air biar sampai menidih. Akhir sekali masukkan daun kari dan daun ketumbar. Siap! Makan dengan nasi putih panas.
Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni, boleh cuba hasilkan serunding halia. Halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat – beli online DISINI
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris – beli online DISINI
Sedikit garam & perasa secukupnya – beli online DISINI
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.) 5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi. 6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis. Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
2 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
½ sudu makan air asam
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
5 batang kacang botol | hiris halus
5 batang kacang buncis | hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | hiris halus
3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
½ biji limau nipis | perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.