Nak makan kari macam di kedai mamak? Pekat dan tanpa santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kari ni makan esok harinya tambah lagi sedap.
KARI PEKAT TANPA SANTAN
Bahan-bahan: 2 biji bawang merah 2 tangkai daun kari 1 biji tomato 2 biji kentang 1 lobak merah 3 tangkai lada kering 4 tangkai cili hijau 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 hirisan halia (ditumbuk)
Dua serbuk utama untuk kari.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.
Ads
2.Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
3.Masukkan air asam jawa. Kalau tak ada asam jawa, boleh guna yogurt.
4.Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti: 1 paket rempah kari daging 3 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.
5.Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
6.Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
7.Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
8.Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.
Ads
9.Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Bagi anda yang tercari-cari menu mudah tapi menyihatkan, lauk seperti singgang sememangnya antara yang terbaik. Mana tidaknya, menu sebegini hanya perlu rebus sahaja dan tidak menggunakan minyak dan santan. Memang sihat! Jom cuba.
1. SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong
2 sm lengkuas/ dihiris
2 keping asam keping
1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
3 ulas bawang putih/ dihiriskan
4 batang bendi/ dipotong dua
3 biji cili padi
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi.
Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan
INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Sekali sekala tukar selera masak sajian Cina memang sedap nih. Best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa. Cendawan, asparagus, akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak.
Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat rasanya. Ni min kongsikan 4 hidangan Cina yang boleh meleleh air liur melihatnya.
CARA-MEMASAK 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan. 2. Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar. 3. Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi. 4. Tutup api dan angkat. 5. Sedia dihidangkan.
Info chef: Lily bulb merupakan akar tangkai (rootstalk) bunga lily dan mirip seperti bawang putih. Di dalam perubatan Cina, ia dikatakan berkhasiat membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa segar sayuran Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
2. SAUTÉED SCALLOPS WITH ASSORTED VEGETABLES & MACADAMIA NUTS
BAHAN-BAHAN:
300gm Kekapis (scallop)
50gm Kacang Macadamia panggang
50gm Batang saderi| hiris
50gm Sweet Pea
10gm Lily Bulb | asingkan lapisan demi lapisan
50gm Lobak merah | hiris
50gm Halia | hiris
50gm Akar teratai | hiris
3gm Garam
3gm Serbuk ayam
3gm Gula
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sweet pea, hirisan lobak merah, halia, saderi, lily Bulb, akar teratai dan kekapis. Kacau sekata kira-kira seminit. 2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Goreng kira-kira 30 saat. 3. Kemudian masukkan kacang macadamia dan teruskan menggoreng untuk 10 saat lagi. Tutup api dan hidangkan di dalam pinggan. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Tekstur kekapis yang agak kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
3. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50gm Shimeiji Mushroom | bersihkan, asingkan setiap batang
40gm Serbuk kuning telur masin
20gm Serbuk Keju Parmesan
5gm Serbuk ayam
10gm Gula
100gm Planta
800gm Minyak masak
100gm Tepung gandum
60gm Air
CARA MEMASAK: 1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia). 2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi. 3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata. 5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng. 6. Hidangkan ketika panas.
Info chef:Cara membuatnya seperti membuat cendawan goreng celup tepung.
Saiz hidangan: 2-4 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Sangat sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan goreng
4. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
600gm Daging lembu Australia | bersihkan, potong dadu kira-kira 1.5cm besar
50gm Capsikum hijau | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Capsikum merah | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Capsikum kuning | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Lobak merah | hiris nipis, bentukkan seperti bunga
20gm Cili kering | potong
30gm Spicy Hot Bean Sauce
20gm Sos tiram
10gm Serbuk ayam
4 sudu makan air
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika. 3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati. 4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi. 5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Daging yang masih agak kenyal ketika dikunyah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.