Kari sardin ala mamak ini penuh arima rempah ratusnya dan sedap rasanya. Baunya pun dah mampu buka selera. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Dah cukup.
Kadangkala dah tak tahu nak masak apa, sardin sering kali jadi ‘penyelamat’. Pelbagai masakan boleh dimasak menggunakan sardin dalam tin ini. Apa kata kali ini cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zat Hernani ini pula ye.
2 tin sardin
4 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar halba campur
5 pelepah daun kari – boleh beli online di sini
Garam dan Gula
Ajinomoto – boleh beli online di sini
Serbuk perasa Maggi
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bendi
Tomato (belah 6)
Lada hijau besar (belah 2)
Lada akar
Bawang besar (belah 6
10 ulas bawang putih (mayang) – boleh beli online di sini
5 inci halia (mayang. Letak lebih lagi sedap) – boleh beli online di sini
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumisan hingga layu dan terbit bau wangi.
Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
Setelah itu masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili, terpulang jenama apa.
Bila dah pecah minyak dan bahan tumis pun dah garing, bolehlah masukkan ikan sardin bersama kuahnya sekali.
Perakan dengan garam, gula, Ajinomoto, serbuk perasa Maggi dan asam jawa Adabi. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan sayur kegemaran kita. Misalnya bendi, tomato, lada hijau besar.
lada akar dan bawang besar.
Tadaaaa. Siap. Buat kuah lebih nanti boleh cicah dengan roti, lempeng atau roti canai. Sedap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official