Kari Sotong Pekat Tanpa Santan, Rasa Macam Makan Dekat Mamak
Sotong Kari Pekat memang menu yang menjadi daya tarikan di restoran-restoran mamak. Tapi awas, hendak ambil lauk Sotong Kari Pekat ini kena hati-hati. Poket mesti tebal sebab biasanya harga untuk makanan laut agak mahal. Jadi jika anda dan keluarga memang suka makan Sotong Kari Pekat, apa kata cuba resipi Sotong Kari Pekat (tanpa santan) seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI SOTONG KARI PEKAT (TANPA SANTAN)
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris) – BELI ONLINE
1 sm halia (dihiris) – BELI ONLINE
3 sudu perahan asam jawa – BELI ONLINE
1 buah tomato (dibelah 6)
Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya – BELI ONLINE
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan – BELI ONLINE
Sedikit air
NOTA: Tidak perlu menggunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan paste rempah kari (bancuhan serbuk kari ikan dan sedikit air). Kacau sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik). Sentiasa kacau, jangan berhenti.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih menggunakan api sederhana).
4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.
5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan).
6. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official