Kari sotong ni kalau makan dengan nasi atau roti memang mantaplah. Masak homemade boleh makan bertambah-tambah sampai licin pinggan. Bahan rencah tu tumis sampai garing dan naik minyak, baru menjadi kesedapannya.
Resipi dari Umi Watie yang membahasakan dirinya Kak Chik ni memang senang aje buatnya. Umi gunakan sotong saiz kecil jadi tak payah potong. Katanya, “Kuah kari tu masuk dalam sotong, bila gigit terasa kuah kari merembes ke luar, memang sedap sangat.”
Lepas ni tak payah beli dari restoran mamak lagi, buat sendiri aje. Tengah PKPB makan kat rumah la kan. Jom masak…
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Kisar halus semua bawang dan kunyit
2. 3 sudu makan minyak panaskan dalam kuali. Masukkan daun kari dan halba campur.
3. Dah garing halba campur dengan daun kari. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Semua dah naik bau. Masukkan serbuk kari ikan cap O. Kakchik pakai sepeket kecil tu.
5. Tumis garing. Jaga-jaga ye masa ni. Takut terhangit sebab tak masuk air lagi.
6. Masukkan air 1 sudu besar. Tumis lagi sampai pecah minyak macam gambar tu.
7. Masukkan air 1 ½ cawan air. Masukkan juga asam keping.
8. Dah mendidih masukkan sotong yang dicuci bersih.
9. Agak sotong dah masak masukkan santan kotak. Jangan lama sangat masak sutun. Nanti.liat tak sedap.
10. Siap untuk dihidang
Kredit foto & resipi : Umi Watie
INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR TERBARU. JOM BELI DI SINI
VIDEO MASAKAN INI MUNGKIN MENAMBAT HATI ANDA. LEBIH BANYAK VIDEO LAGI DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN RESIPI-RESIPI INI :