Di kalangan orang Utara, Kari Telur Parpu  memang terkenal khasnya bagi masyarakat di Pulau Pinang. Ia sangat mudah dibuat menggunakan kacang parpu. Boleh juga diganti dengan kacang dhall mengikut cita rasa masing masing. Sesuai buat untuk menu tengah hari mahupun malam.

KARI TELUR PARPU

Bahan-bahan: 
1 cawan kacang dhal/parpu di rebus sehingga empuk
3 biji telur ayam
1/2 kotak santan

Bahan tumbuk kasar :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia

3 sudu rempah kari daging
1 keping asam keping

IKLAN

Bahan Tumis Darat
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit halba campur
2 tangkai daun kari
3 batang cili kering hiris 3 bahagian
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Dalam periuk rebusan kacang dhal tadi masukkan bahan tumbuk kasar, rempah kari daging, kentang dan sedikit air, rebus sehingga mendidih
2.Setelah ubi empuk masukkan santan
3.Kemudian pecahkan telur dan jgn di kacau sehingga telur masak
4.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula
5.Tutup api.

Tumis darat
1.Di dalam kuali panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan darat
2.Bawang telah garing dan bangkit bau wangi terus tuang kesemuanya ( bersama minyak) ke dalam periuk kari tadi dan segera tutup periuk agar aroma tumisan tadi tidak keluar dan meresap ke dalam kuah kari
3.Tunggu dalam 2 minit baru kari parpu telur sedia untuk di hidangkan.

IKLAN

Makan bersama nasi panas dan ikan masin goreng memang sedap teruk! Cubalah.

Kredit : Rozelkitchen

IKLAN

Gulai Daging Utara

 

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG DAN MEMASAK. DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI