Bila tiba pagi raya, pastinya anda akan menyediakan aneka sajian nasi tumis buat tetamu yang berkunjung. Untuk lauknya, dua menu ini sesuai anda hasilkan. Bukan sahaja sesuai untuk Nasi Tomato, kalau buat Nasi Minyak atau Hujan Panas pun memang padan. Jom cuba. Pasti tetamu berselera.

 

1. KARI UDANG

Kari Udang & Ayam Masak Berlada. Resipi Mudah Yang Pasti Buka Selera!
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm udang | saiz XL
  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 100ml santan kotak
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati. (dijadikan pes).
2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka.
5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..
6. Udang kari sedia dihidang

INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama.

 

IKLAN

2. AYAM MASAK BERLADA

Kari Udang & Ayam Masak Berlada. Resipi Mudah Yang Pasti Buka Selera!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong 7-8 ketul dan goreng
  • 1 biji bawang besar | hiris kasar
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • 1 sudu makan pes cili kisar
  • 4 biji cili merah | kisar kasar
  • 2 biji cili hijau | kisar kasar
  • 1 asam keping gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris.
6. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Jika tidak suka daun limau purut tidak perlu masukkannya. Atau ingin tambah bunga kantan juga boleh.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI