Hari ini nak buat karipap ayam keledek.Lagi manis lagi sedap dari kentang.Cuma nak tunggu empuk lambat sikit tapi hasilnya sedap ya amat.Boleh buat banyak-banyak dan frozen. Bila terasa nak makan ambil saja dari peti sejuk.
4-5 biji keledek oren-dipotong dadu
4 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
Sedikit bilis-cincang
Tumis sampai naik bau
Tambah dada ayam dicincang dadu
Kacau sekejap tambah air biarkan air ayam kering
Masuk 1 peket serbuk kari babas yg kuning line merah
1 sudu besar serbuk cili
Masuk dalam tumisan bawang dengan ayam tadi
Bila pecah minyak, masukkan keledek
Bila empuk
Tambahkan 5 sudu besar gula,saya suka inti manis-manis sikit, so gula korang adjust
Sedikit garam dan perasa
Gaul sebati tutup api
1kg tepung
2 senduk minyak panas-panas mendidih
Sedikit garam
Gaul
Jangan pakai tangan,pakai senduk
Tambah sikit-sikit air baru gaul pakai tangan uli sikit
Time canai letakkan tepung, gelekkan
Kalau nak frozen, goreng separuh masak simpan beku tahan 3 bulan
Siap di makan
Kredit: Azlina Ina Fans
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official