Karipap pun sedap dibuat hidangan waktu berbuka puasa, kan? Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
KARIPAP CHEESE
.
Ads
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
Sedapnya Cekodok Roti Gula ni. Selalu dekat rumah ada je roti sandwic yang masih banyak dan dah lepas tarikh luput tapi masih boleh dimakan. Kalau buang, ruginya. Menerusi perkongsian resipi oleh saudara Muhammad Naquib Mokhdzir @ Naqib, beliau kongsikan cara untuk habiskan roti dengan cepat. Resipi cekodok ni jenis yang manis. Cuma tambah tiga lagi bahan dah boleh hasilkan cekodok yang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK CEKODOK ROTI GULA YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – kalau guna kulit roti lagi sedap
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 3. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. 4. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. 5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
BACA NI!
Nak gambar dan resipi masakan anda disiarkan di laman web dan facebook Majalah Rasa macam yang saudara Muhammad Naquib ni? Ikut 4 langkah mudah di bawah.
Apam beras merupakan antara kuih yang tidak lapuk dek zaman. Memang enak jika apam beras digandingkan bersama kelapa parut yang masin-masin berlemak. Resipi apam beras kali ini dikongsi oleh Siti Zainab Mahmud. Jom kita cuba resipi ini.
Lempeng kelapa sesuai dijadikan sarapan. Kalau di kampung, inilah yang sering dijadikan hidangan pada pagi hari. Cicah pula dengan sambal bilis. Nikmat tak terkata.
Hidangan ini sesuai sangat digandingkan dengan secangkir kopi panas. Memang padu! Nak dapatkan cara untuk menghasilkan lempeng kelapa yang sedap? Jom ikuti perkongsian resipi daripada Salwani Ibrahim ini.
LEMPENG KELAPA SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
½ biji kelapa parut (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
3 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 biji telur
1 sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin (yang dicairkan)
Air suam
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kandungan air suam agak-agak sahaja seperti bancuhan tepung pisang goreng.
Sendukkan aduanan dalam kuali non stick tanpa minyak. Ini kerana dalam adunan dah ada marjerin.
Masak kedua-dua bahagian hingga bertukar warna keperangan.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.