Kuih muih melayu sering jadi pilihan untuk minum petang. Antaranya karipap. Tak kira apa jua inti di dalamnya yang penting doh yang elok bakal menghasilkan karipap yang rangup dan gebu. Buat banyak doh karipap ni dan boleh simpan untuk disejuk beku. Bila ada tetamu, hidangkan dengan karipap pusing pasti semua suka.
Karipap Pusing Rangup
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara membuat:
Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh)
Bulat bulatkan doh seperti dalam gambar.
Ads
1.Ambil doh minyak (A) letak di atas doh Tepung (B) yang telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
2.Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
3.Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4.Setelah digulung, leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5.Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
6.Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
Sedap makan sekaya telur petang-petang hari kan? Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
KHASIAT ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan makanan yang sering dihidangkan diwaktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji. Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea dan tergolong dalam kumpulan Convolvulaceae boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu.
Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.
Cantikkan warnanya? Warna asli tanpa sebarang pewarna tambahan. Tak cukup makan sepotong, makan lagi dua tiga potong!
Jom tengok resepinya di bawah ini.
Bingka Keledek Ungu
Bahan:
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*
Cara membuat:
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7” yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170’C selama 35-40 minit.
Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.
Antara kuih-muih tradisional yang menggunakan keledek ungu sebagai bahan utama dalam masakan.
Tart telur adalah salah satu pastri yang laris di kedai bakeri. Ini kerana rasanya sedap dan sangat puas bila makan tart telur yang sedap. Kini anda boleh buat sendiri tart telur. Paling best, boleh guna paratha segera. Cubalah. Mungkin kena dengan selera anda.
TART TELUR KULIT PARATHA
BAHAN-BAHAN
• 6 biji telur ayam
• 1 cawan air
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 cawan gula aising
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu besar esen vanila
• 1 sudu kecil garam
• Kulit paratha segera
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kulit paratha ke dalam bekas dan kacau sebati.
2. Ambil sekeping kulit paratha. Potong 4 dan masukkan ke dalam acuan.
3. Tuang bahan yang sudah dikacau sebati tadi ke adalam acuan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170°C dalam masa 40 minit.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...