Cara-Cara Hasilkan Doh & Inti Karipap Sardin Rangup Resipi Turun Temurun Bonda.

Share

Karipap kuih paling popular di Malaysia yang nampak senang tapi kalau salah buat akan dapat kulit yang keras atau terlalu rapuh. Resipi mudah turun temurun yang dikongsi ini akan membantu anda.

KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN KULIT:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan Minyak masak
  • Air suam (ikut adunan sampai lembut)
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak sehingga panas
  2. Tuangkan dalam tepung yangg telah diletakkan dalam dulang.
  3. Air suam tadi letak sedikit garam supaya kulit ada rasa yg mantap
  4. Uli tepung tadi bersama air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang cantik
  5. Selepas sudah diuli letakkan di dalam beg plastik supaya tepung bertambah cantik

RESIPI INTI SARDIN:

  • 1 tin besar sardin
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Minyak sedikit untuk tumis

CARA MEMASAK:

  1. Sardin ditos kuahnya (jangan gunakan kuah)
  2. Hiris halus bawang merah dan bawang putih.
  3. Kisar cili kering bersama sedikit air
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris tadi sehingga naik wangi
  5. Letak cili kering yang dikisar tadi
  6. Selepas cili sudah naik minyak, masukkan sardin bersama garam dan gula. Ikut cita rasa  masing-masing. Sardin dilenyek dekat dalam kuali
  7. Masak sehingga sardin naik minyak.
  8. Angkat dan sejukkan.

Info: Boleh kelim karipap ikut cara yang anda sukai.

Kredit: roszana surani

Published by
Nur