Karipap sardin sesuai dimakan bila-bila masa. Tak kira waktu sarapan, minum petang atau malam pun boleh.
Karipap antara kuih tradisi yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Ada karipap inti kentang, inti daging, ayam dan sebagainya. Malah, sudah ada pelbagai perisa setelah diubah suai. Tapi, karipap sardin tetap punya peminat tersendiri.
Ada yang rasa buat karipap ni susah dan renyah. Ha…cuba ikuti resipi dan tip daripada Che Pah Che Guini ye.
750 ml air sejuk dari penapis atau air biasa dicampur ais pun boleh (1 1/2 cwn)
Bahan Untuk Inti Karipap Sardin:
(1 kg tepung)
2 tin sardin besar
1 labu bawang Holland – kisar kasar
3 ulas bawang putih – kisar kasar
4 sudu makan lada kisar
Sedikit halia – kisar kasar
1/2 sudu jus limau supaya hilang bau hanyir ikan.
2 batang kulit kayu manis
Cara Memasak:
Untuk buat kulit karipap; Panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin dan minyak masak pun boleh. Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum. Guna senduk kayu dan sebatikan sehingga jadi macam serbuk roti.
Selepas itu masukkan secawan air dulu. Sebatikan. Kalau keras tambahkan air lagi. Uli. Perap dalam 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat inti sardin, asingkan sos sardin dan ikan. Hancurkan ikan sardin menggunaksan garfu. Tambah bawang dan halia yang dikisar kasar.
Ads
Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar. Dah naik bau masukkan sardin dan perasakan.
Untuk mendapat bentuk seperti dalam gambar, bahagi dua separuh bulatan tadi. Potong guna lidi. Nak guna belakang pisau pun boleh.
Nanti ia jadi macam poket bila dibuka. Masukkan inti dan kelim macam biasa. Setelah itu, bolehlah digoreng. Siap!
Bagi mereka yang mudah mendapat alergi , telur adalah satu ramuan makanan yang patut dielakkan. Terdapat banyak koleksi menu kuih muih tradisi yang tidak mengandungi telur. Jadi sesuai sangat bagi mereka yang alergi.
Dahlah sedap kosnya pula sangat menjimatkan. Boleh jamu famili sampai puas dan kenyang. Jom semak resipi dari Chef Fame Taufiq Fakarudin dari UOW Malaysia KDU University College
1. PULUT DAKAP @ PULUT PISANG
BAHAN-BAHAN :
400gm beras pulut | direndam selama sejam bersama beberapa titik pewarna
250gm santan pekat
50gm gula
15gm garam
5 biji pisang raja @ secukupnya
Daun pisang secukupnya | dilayur
Beberapa helai tali untuk mengikat
Beberapa titik pewarna jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air didalam periuk kukus 2. Keringkan beras pulut yang telah direndam. 3. Letakkan di atas dulang yang dilapik daun pisang dan kukus pulut selama 25-35 minit, separuh atau 3/4 masak 4. Keluarkan pulut yang dikukus dan gaulkan santan, gula dan garam sebati 5. Layukan daun pisang untuk dibuat pembalut 6. Kupas kulit buah pisang dan belah 2 pisang secara melintang/memanjang 7. Letak sebanyak 120gm pulut tadi ditengak daun pisang secara melintang,ratakan. 8. Letakkan buah pisang yang dipotong di tengah tengah pulut. 9. Lipat 2 daun pisang tapi pastikan pulut membalut buah pisang 10. Gulungkan daun pisang, pastikan pulut dan buah pisang berada ditengah 11. Lipatkan kiri dan kanan daun pisang tadi dan pastikan balutan tadi kemas dan padat 12. Ambil 2 biji kuih yang telah dibalut tadi dan satukan kuih tadi, atas dan bawah 13. Ikat keliling 2 kuih dengan tali untuk dijadikan satu,pastikan ikatan kuat dan kemas 14. Letakkan di atas dulang dan kukuskan selama 10-15 minit 15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Elok pilih pisang raja sebab tak mudah lembik macam jenis pisang lain.
2. KACANG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti kacang hijau:
250gm kacang hijau | direbus empuk
150gm kelapa parut
180gm gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan bancuhan tepung:
200gm tepung gandum
100gm tepung beras
5gm garam
5gm gula
2gm serbuk kunyit
50ml air kapur
300ml air
CARA MEMASAK:
Cara masak inti : 1. Gaulkan kacan hijau bersama kelapa parut, gula dan garam sehingga sebati 2. Kepalkan adunan tadi sebesar bola gof dan tekan setebal 10mm
Cara memasak kuih kasturi: 1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati. 2. Panaskan minyak di dalam kuali 3. Celupkan kepalan kacang hijau tadi ke dalam adunan tepung 4. Goreng sehingga kuning keemasan 5. Sedia dihidangkan
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara memasaknya sama sahaja. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.
3. APAM ENO BERAS
BAHAN-BAHAN
Bahan Apam:
400gm tepung beras
200gm nasi sejuk
500ml air
10gm yis kering
60gm gula
Garam secukup rasa
1 paket ENO
Beberapa titik pewarna
Bahan kelapa parut :
2 biji kelapa parut | ambil yang putih sahaja
Garam secukup rasa *Gaulkan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan nasi, gula, air dan yis ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus 2. Tuangkan ke dalam bekas tepung beras dan gaul sehingga sebati 3. Perap adunan tadi selama 2-3 jam di dalam bekas yang tertutup. 4. Campurkann ENO kedalam adunan dan bahagikan kepada dua adunan 5. Campurkan satu adunan pewarna merah 6. Masukkan adunan merah kedalam acuan yang disapukan sedikit minyak dan paipkan adunan putih keatas/ke dalam adunan merah 7. Kukus selama 10-15minit 8. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan kelapa parut pada apam yang telah dimasak
Saiz Hidangan : 12 orang Waktu memasak : 5 jam 20 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Eno dan tapai menjadikan tekstur apam gebu dan lembut lagi enak Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Kukus sekejap kelapa parut agar tahan lama dan tak cepat basi.
4. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti :
200gm daging | dikisar
60gm serbuk kari
60ml air
50gm bawang putih | dicincang
120gm bawang besar | dipotong dadu kecil
20ml minyak masak
Garam dan lada sulah secukupnya
5gm gula
Bahan hiasan :
100gm cili Merah
50gm bawang goreng
50gm daun bawang
50gm daun sup
Bahan adunan kuih cara :
200gm tepung gandum
450ml santan cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak inti: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan 2. Masukkan rempah kari yang dicampurkan air dan masak sehingga pecah minyak 3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kacau sehingga air kering 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara masak kuih : 1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati. 2. Panaskan loyang dan sapu sedikit minyak, tuang adunan ke dalam acuan 3. Sudukan inti ke atas adunan tadi, kemudian taburkan bahan hiasan di atas inti 4. Tutup Loyang dengan penutup 5. Masak selama 4-5minit diatas api yang perlahan 6. Cungkilkan kuih cara yang telah masak dan hidangkan apabila sejuk
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Inti daging menjadikan ia kuih yang mengenyangkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Boleh juga menggantikan daging dengan ayam atau tuna. Tapi daging pilihan yang paling sedap.
5. KUIH JONGKONG
BAHAN-BAHAN :
Bahan hijau manis :
200gm tepung beras
600gm santan cair
25gm gula
30gm garam
10 helai daun pandan
150gm gula kabung/Melaka, dihiris halus
Bahan putih pekat :
200gm santan pekat
30gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membalut | potong sebesar 2 inci
CARA MEMASAK :
1. Kisarkan santan cair bersama daun pandan, tapis 2. Di dalam pengisar yang sama, kiraskan tepung beras, gula, garam dan santan pandan sehingga sebati 3. Tuang kedalam periuk 4. Kacau dan masak adunan tadi di atas api yang sederhana sehingga pekat 5. Di dalam periuk yang berasingan, kacau dan masak santan pekat bersama tepung jagung dan garam diatas api yang sederhana sehinggan pekat. 6. Potong daun pisang dan layurkan di atas api 7. Letak 1 1/2 sudu besar adunan pekat yang berwarna hijau di tengah tengah daun pisang 8. Taburkan hirisan halus gula Melaka ditengah adunan hijau tadi, sudukan 1 sudu besar adunan hijau untuk menutupi gula Melaka tadi 9. Sudukan pula satu sudu besar adunan pekat putih ke atas adunan hijau tadi 10. Lipatkan daun pisang keatas, pastikan adunan tadi berada di tengah-tengah daun pisang 11. Sekarang lipat bahagian tepi kiri dan kanan daun pisang ke tengah, kemaskan lipat tersebut 12. Dengan mengunakan pencungkil gigi atau lidi buluh yang dipotong pendek, cucuk daun pisang tadi dibahagian atas daun pisang supaya tidak terbuka 13. Panaskan air di dalam periuk kukus 14. Kukus selama 10-15 minit 15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 12 orang Waktu memasak : Sejam Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kuih tradisional lama yang lemak manis Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Anda boleh juga mencampurkan sedikit tepung ubi kayu ke dalam adunan kuih.
RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN TERIMA KASIH:UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor
Sedapnya Apam Balik ni walau guna kuali biasa. Bila waktu petang, kuih ni antara yang paling banyak dicari untuk kudapan. Biasanya kena ke pasar malam untuk menikmatinya.
Bila hujan, rasa tak rajin pula nak keluar. Tapi tak mengapa, anda pun boleh masak Apam Balik ni dekat rumah. Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Guna pan biasa je.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
CARA-CARA: 1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. 2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat. 3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati. 4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan). 5.Perap adunan selama 1 jam.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin. 2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi. 4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat. 6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Siapa kata buat karipap ni sukar, kalau ikut langkahnya pasti menjadi. Jika anda peminat karipap, elok buat sendiri puas hati makan. Boleh letak isi penuh tak seperti yang dijual, rupa elok isi pula kurang. Kalau suka inti ayam atau sardin pun enak juga.
Karipap kentang
Bahan-bahan: Bahan Inti:
3 biji kentang (saiz besar.Potong dadu kecil)
300 gm daging kisar
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 sudu besar lada kering *
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
2 pokok daun sup (hiris)
Bahan Kulit Karipap:
500 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 cawan air sejuk ais
1/2 sudu kecil garam
Bahan lain:
500gm minyak (untuk menggoreng karipap)
Cara memasak:
1. Mula mula buat inti.
Kisar bahan *.
Panaskan kuali. Goreng daging cincang hingga mengeluarkan minyak.Tumis bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit. Tambah 1/2 cawan air. Kacau hingga garing dan pecah minyak.Ulang langkah ni 3 kali.
2. Masukkan kentang. Kacau rata.Tambah air secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati dan biar sehingga kentang empuk.
3. Bila kentang hampir empuk, kuah agak kering, tabur hirisan daun sup. Kacau sebati. Bila semua dah masak, tutup api. Sejukkan inti.
4. Panaskan minyak dan marjerin. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Kacau sebati.
5. Tuang minyak panas sikit demi sikit ke dalam tepung sambil digaul dengan spatula. Gaul sebati. Bila dah agak suam, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul sehingga mendapat tekstur macam serbuk roti.
6. Tuang air sejuk sikit demi sikit sambil uli doh. Uli sampai dapat doh yang licin. Perap doh 1/2 jam.
7. Uli lagi doh, buat bulat bulat kecil. Ambil sebiji bebola doh, leperkan dan gelek sampai nipis.
8. Letak doh nipis di atas acuan karipap, letak inti,tutupkan. Kelim semula karipap supaya lebih kemas.
9. Ulang sampai habis karipap.
10. Panaskan minyak. Guna api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas, goreng
karipap. Bila dah garing keperangan, angkat dan toskan minyak. Siap.