Petang begini mula mereka apa nak buat. Nak berkebun hujan pula. Nah apalagi jom masuk dapur sediakan kuih untuk minum petang. Fikirkan yang paling mudah dan bahan yang ada di ceruk dapur. Maka tercetuslah idea buat kaswi jagung.
Kaswi jagung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan susu perasa jagung saji
2 1/4 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu makan air kapur
Sedikit garam
Kalau guna pewarna kuning sikit pun boleh
Cara buat:
1.Bancuh semua dan tapis.
2.Kukus selama 30 minit.
Kredit: Badariah Abdrahman
INGIN MENUKAR BARU MIXER ANDA, BOLEH LIHAT DI SINI.