
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.


3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Kredit: sabarina saharani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mesti Cuba Asam Pedas Telur Ikan & Ikan Jenahak, Pekat Istimewa Tambah Pes Tom Yam



Masak asam pedas memang ada banyak versi. Tapi uniknya resipi asam pedas ini adalah dengan tambahan pes tomyam yang memberi rasa istimewa.
ASAM PEDAS JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
- Kepala ikan Jenahak, isi atau telur ikan (atau antaranya)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 5 biji bawang merah (kisar)
- 2 genggam cili kering (kisar)
- 1 mangkuk air asam jawa
- Garam
- Serbuk perasa
- Sedikit belacan
- 1/2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai (dititik)
- 5 sudu minyak masak
- 1 sudu pes tom yam
- 10 butir lada hitam di ketuk kasar
- Sedikit daun kesom.
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu rebus telur ikan berasingan hingga masak.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing.
- Masukkan cili kisar, masak sampai mendidih hingga naik minyak. Masukkan sedikit air.
- Selepas cili masak, masukkan pes tom yam.
- Masukkan serai. Masak hingga mendidih lagi hingga naik aromanya.
- Masukkan kepala ikan, isi ikan atau telur ikan dan daun kesom. Biar sehingga mendidih, suaikan rasa asam, garam, gula, serbuk perasa
- Asam pedas sedia untuk dihidangkan.
INFO: Masukkan sayur kegemaran anda seperti bendi, tomato atau terung.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Syazreen Sya
Kuih Warisan Terengganu…Mak-mak Kena Wariskan Pada Anak-anak.

Kuih tradisional ni memang wajar diwarisi golongan muda. Bahannya ringkas sahaja, dahlah tu murah pulak. Musim cuti sekolah ni masa terbaik nak kenalkan anak-anak kuih muih tradisional ini.
Ni min kongsikan 7 resipi kuih muih dari pantai timur dari Terengganu, adik-adik yang suka masak pun boleh cuba, ya.
1. AKOK BERLAUK

BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
- 1 kg isi ayam
- 2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
- 2 biji bawang besar / dikisar
- 1 labu bawang putih /dikisar
- 2.5 sm halia
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan kerisek
- 1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 220 ml air
- 4 biji bawang besar /dipotong dadu
BAHAN KULIT AKOK :
- 10 biji telur
- 8 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan gula
- Sedikit esen vanilla (jika suka)
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu
5. Masak hingga kering.
Cara masak kulit akok/bauhulu :
1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja.
3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan.
4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius.
5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti.
6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti.
7. Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF :
Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji
Masa memasak :40 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
2. TEPUNG KAPUR

BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan gula melaka ( atau gula merah)
- 1 sudu teh kapur makan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap.
2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat.
4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam.
5. Tapiskan dalam loyang yang dah diris dengan minyak atau mentega.
6. Kukus dalam masa 30-45 minit.
7. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan kemudian potonglah kuih ini. Potong nipis supaya mudah dimakan.
8. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula.
9 .Kemudian gaulkan kuih yang dipotong tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati.
INFO CHEF :
Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebagi. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 45 minit hingga satu jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
3. TEPUNG BUNGA

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung pulut
- Air secukupnya untuk menguli
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu makan santan
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng
- Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan.
2. Uli sampai doh tidak melekat di tangan
3. Bulatkan dan leperkan.
4. Celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit.
5. Goreng dalam kuali panas, angkat dan toskan minyak.
6. Salutkan bersama gula, dan siap.
INFO CHEF : Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
4. ASAM GUMPAL

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm sagu biji
- 100 gm kacang hijau
- Garam dan gula nisan secukupnya
*Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
- 2 cawan santan
- 2.5 sm halia /dimayang halus
- Satu sudu teh halba
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk.
2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa.
3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil
4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya.
5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan.
6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi.
7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan.
8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul.
2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi
3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih ini sejuk atau panas.
5. TOK AJI SERBAN

BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN BAWAH :
- 2 cawan pulut
- 1/2 sudu makan garam
- 1 1/2 sudu teh gula
- 1/2 cawan santan
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 5 biji telur
- 1/2 tin susu pekat
- 1/2 tin susu cair
- 2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkan
CARA MEMASAK :
Cara masak lapisan atas:
1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikiti air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak.
2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
3. Setelah semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas.
Cara masak lapisan bawah :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam
4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF : Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul
Masa memasak :Satu jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung.
6. KAYU KERAMAT

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 camca teh soda birkabonat
- 1/2 sudu makan yis segera
- 6 camca makan gula
- 2 cawan air suam
- 2 biji telur
- 1 sudu makan majerin/dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih.
2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi.
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam))
6.Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan kuih muih
Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan
7. PULUT NYOR/NYIOR

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan pulut
- 2 cawan air
- Garam secukupnya
- Kelapa parut digaul garam dan gula / secukupnya
- Garam dan gula
*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK :
1 .Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’.
2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat.
3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa.
4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik
Jenis masakan : Beras pulut
Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan
Terima kasih :
RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
RESTORAN SINGGANG WARISAN, No 23-G, Blok A, Jln Atmosphere 3, Seri Kembangan, Selangor
KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor
Apam Susu Mudah Dan Ekspres. Tak Ada Bazar Pun Lengkap Juga Sajian Berbuka

Teringin nak makan apam kat Bazar Ramadan, malangnya bazar memang tak ada. Nak tak nak kenalah juga buat kuih muih dan apam sendiri.
Apam susu ni bahan-bahan cuma enam sahaja, kira ni kuih bajet tau. Sesuai sangat dibuat masa PKP ni.Sedap dan gebu. Rupa dahlah cantik rasa pun sedap. Berbaloi dan resipi jimat kos.
APAM SUSU MUDAH

BAHAN-BAHAN :
- 4biji telur*
- 1sudu besar ovelete*
- 1sudu besar esen vanilla*
- 1/2 tin susu pekat*
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- Pewarna
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan bertanda (*) dlm blender dan blend selama 10minit.
2. Kemudian tuang adunan dlm bekas dan masukan tepung gandum.
3. Gaul sebati.Asingkan dlm beberapa bekas dan campurkan pewarna.
4. Akhir sekali tuang adunan dlm acuan dan kukus selama 25minit.
fb : Resepi air tangan mama
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA PUN MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

