
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK GEDIK

.
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.

.

.
Kredit: sabarina saharani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Lempeng & Sambal Hijau Sedap. Sekali Cuba, Memang Puas Makan

Lempeng memang enak. Lempeng Kelapa, Lempeng Tepung andai dimakan bersama aneka sambal seperti Sambal Hijau, memang membuka selera. Tak sedar dah makan berkeping-keping. Nak memasaknya pun mudah sahaja. Bagi anda yang terasa nak makan Lempeng bersama Sambal Hijau, bolehlah cuba resipi Lempeng Kelapa, lempeng Tepung dan Sambal Hijau perkongsian saudari Mariana Zainal ini. Nampak sangat membuka selera. Jom cuba!
RESIPI LEMPENG & SAMBAL HIJAU SEDAP

LEMPENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online disini
2 3/4 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit)
2 biji telur
1/2 sudu teh baking powder – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu teh garam
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak.
2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan.
3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap.
4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.
LEMPENG KELAPA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
5 sudu makan kelapa (kalau letak lebih pun boleh tapi lebihkan air sedikit)
2 1/2 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit)
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit garam (agak-agak sahaja)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak.
2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan.
3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap.
4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.

SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya – goreng garing, toskan
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam jawa– beli online disini
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa jika suka
BAHAN KISAR:
30-35 biji cili padi
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit belacan – beli online disini
2 sudu makan ikan bilis – beli online disini
2 senduk minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar. Jangan tumis guna minyak kerana sudah masukkan minyak dalam bahan kisar tadi. Ini adalah salah satu cara cili tak merecik merata ketika ditumis.
2. Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan bahan perasa.
Masak hingga sambal betul-betul naik minyak dan berubah warna.
3. Sesuaikan rasa dan tutup api.

4. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing tadi. Siap untuk dimakan dengan lempeng.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Mee Hailam Sedap Untuk Keluarga. Memang Mantap Rasanya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Badak Berendam. Rasa Manis Lemak Pikat Selera

Kuih badak berendam ini memang sedap. Ada rasa lemak, rasa manis yang begitu seimbang. Sedapnya.
Boleh cuba resipi daripada puan Mariana Zainal ini. Gerenti jadi. Selamat mencuba.
Kuih Badak Berendam
Bahan Inti Kelapa:
1 cawan air panas *
1/2 cawan gula merah cap Bintang *
2 sudu besar gula pasir * – boleh beli online di sini
(* Satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)
1/2 biji kelapa parut
1 1/2 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini
Secubit garam – boleh beli online di sini
1 helai daun pandan disimpul
1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti (Tak ada tak apa)
Bahan Adunan Hijau:
2 cawan tepung pulut – boleh beli online di sini
Secubit garam – boleh beli online di sini
2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini
1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
Sedikit pewarna hijau epal
Bahan Kuah Putih:
1 cawan santan pekat ( 1 kotak kecil santan brand KARA)
3 cawan air (kalau tak nak macam berkuah, kurangkan air 1/2 cawan. Memang akan jadi gedik-gedik)
1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini
2 cubit gula – boleh beli online di sini
3 sudu besar membukit tepung beras – boleh beli online di sini
2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk membuat inti kelapa, panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. Bila mendidih masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering dan masukkan tepung gandum. Bila dah sebati tutup api. Biarkan sejuk. (Dah sejuk boleh bulat-bulatkan). Ketepikan.

Untuk memasak adunan hijau; didihkan air dalam periuk. Dalam masa yang sama, satukan tepung dan pati pandan. Gaul hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan. Bulat-bulatkan doh. Masukkan inti kelapa. Bulat-bulatkan.
Kemudian masukkan dalam air yang mendidih.

Apabila dah timbul, angkat dan toskan. Ketepikan.

Untuk memasak kuah putih; satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. Guna api sederhana perlahan. Masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.
Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas plastik (kod bekas sQ250). Masukkan 1 1/2 senduk dan terus letak bebola hijau yang dah siap ditoskan tadi.

Siap. Sedap dimakan ketika panas atau pun sejuk.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

Korang nak buat open house yanag ringkas, simple dan sedap ini min kongsikan koleksi 10 mwnu yang senang dicuba dan gerenti tetamu sukakannya, Biarpun hanya lauk pauk, sayur atau sambal ringkas, ia tetap sedap bila dikongsikan makan beramai-ramai.
GULAI TULANG BEREMPAH BERSAMA REBUNG MADU
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu | bersihkan dan rebus hingga empuk
- 500gm rebung madu | hiris bulat, celur dan tos
- 1 liter santan
- 3 keping asam gelugor
- 3 sudu makan rempah kari
- 3 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris halus memanjang
- 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Campurkan rempah kari, serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan jintan putih dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi,kemudian masukkan bahan kisar.
- Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan.
- Setelah mereneh, masukkan asam gelugor,rebung dan santan.
- Renehkan lebih kurang 10 minit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api dan biarkan mereneh lima minit lagi kemudian tutup api.
- Gulai tulang sedia dihidangkan.

GULAI AYAM CINCANG RAMPAI TIMUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam (1.5 kg) | potong kecil atau cincang
- 1 liter santan
- 1 batang timun | buang biji dan potong serong
- 3 batang serai | titik
- 1 helai daun kunyit | carik-carikkannya
- 5-6 helai daun limau purut
- 2 biji tomato | belah enam
- 3 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 2cm halia
- 3 cm kunyit hidup
- 2 biji cili merah
- 10 biji padi merah
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam kecut dan keluar airnya.
- Seterusnya,masukkan santan, asam gelugor dan serai titik.
- Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas lima minit, masukkan daun limau purut, daun kunyit, timun dan tomato.
- Apabila cukup rasa dan ayam empuk,tutup api.
- Gulai ayam sedia dihidangkan.

KACANG BOTOL TUMIS BERSAMA HATI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang botol | hiris serong dan nipis
- 300gm hati ayam | potong kecil
- 2 biji cili merah | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan hati ayam, kacau rata.
- Setelah hati ayam kecut dan berubah warna, masukkan hirisan kacang botol.
- Kacau rata, kemudian masukkan hirisan cili merah.
- Seterusnya perasakan dengan garam, gula dan sos tiram.
- Apabila cukup rasa, tutup api.
- Sayur goreng sedia dihidangkan panas-panas.

TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur
- 2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
- 3cm halia | hiris halus memanjang
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh cuka
- Sedikit air
- Sedikit garam dan gula jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
- Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
- Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
- Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
- Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
- Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.

SAMBAL GORENG KICAP TEMPE DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket tempe | hiris
- 2 biji kentang | hiris
- 4-5 batang kacang panjang | potong 2cm
- 2-3 ketul hati ayam | potong kecil
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe dan kentang secara bergilir hingga habis.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit anggaran tiga sudu untuk menumis.
- Tumis bahan kisara hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
- Kacau rata, masukkan hati ayam.
- Setelah hati kecut dan kering airnya, masukkan air asam jawa dan sos tiram.
- Seterusnya masukkan tempe dan kentang goreng.
- Masukkan kicap dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

SAYUR CAMPUR LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji kubis | hiris kecil
- 1 batang lobak merah | hiris nipis bulat
- 3 pokok sawi | potong memanjang
- 4 kuntum cendawan telinga kera | rendam dan potong kecil
- Sedikit cendawan inoki
- 6-8 biji cili padi merah | belah dua
- Sedikit ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | hiris halus
- 2cm halia | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 liter santan
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili dan ikan bilis dalam periuk bersama sedikit air dan separuh dari santan.
- Renehkan di atas api sederhana. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.
- Kacau rata, setelah sayur layu tambahkan baki santan.
- Kacau lagi, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Sayur campur sedia dihidangkan panas-panas.

TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji peria | buang biji dan hiris nipis
- 1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi.
- Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
- Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak dan timbul minyak, tutup api.
- Tumis peria sedia dihidangkan.

GULAI IKAN TONGKOL BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan tongkol | hiris nipis
- 1 liter santan
- 2 biji terung bulat | buang kulit
- 5 batang kacang panjang | potong 3cm
- 10 tangkai cili padi
- 3 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 2 batang serai
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Ikan tongkol dibersihkan kemudian gaulkan dengan sedikit bahan kisar, bersama sedikit garam dan tiga keping asam gelugor.
- Tambahkan sedikit air (sama paras dengan ikan) rebus lebih kurang lima minit. Tutup api.
- Seterusnya masukkan santan dan lebihan bahan kisar di dalam periuk rebusan ikan tadi.
- Setelah mereneh masukkan, terung, kacang panjang dan cili padi tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila terung sudah empuk, tutup api.
- Gulai ikan sedia dihidangkan panas-panas.

GULAI LEMAK LABU BERSAMA TULANG IKAN MASIN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg labu | buang kulit dan potong dadu besar
- 700ml santan
- 300gm tulang ikan masin merah | rendam
- 1 helai daun kunyit | siat-siat dan simpul
- 1 batang serai | titik
- 2 biji cili hijau | hiris memajang
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 8 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan tulang ikan masin dan labu dalam periuk bersama bahan kisar serta sedikit air dan separauh dari santan.
- Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
- Setelah mereneh masukkan masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
- Seketika kemudian masukkan lebih santan, kacau dan biarkan mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa jika perlu kerana labu sudah manis dan ikan masin pun sudah masin.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan gulai labu sedia dihidangkan.

KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur |rebus dan buang kulit
- 700ml santan
- 1/2 cawan air asam jawa
- 3 biji kentang | belah empat
- 2 biji cili hijau | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | hiris memanjang
- 2 biji tomato | belah enam
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS :
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
- Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
- Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan.


