Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Kredit: sabarina saharani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!
Gulai Lemak Udang letak belimbing buluh, dimasak versi Kelantan. Secukup rasa dan pastinya memikat selera.
Makan dengan nasi, goreng telur dadar gebu ada pula sambal belacan dah cukup untuk buat makan nasi bertambah.
Guna udang segar, kalau ada yang besar lagi sedap. Dengan kepala udang sekali licin. Rasa gulai lemak macam ni cukup menyelerakan. Ada pula belimbing buluh lengkap rasa masin masamnya. Rugi kalau tak cuba!
Gulai Lemak Udang
Bahan-bahan :
15-20 ekor udang sederhana besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
1 sdt serbuk kunyit/kunyit hidup
1 sdb cili boh/cili kisar
1 batang timun
Kacang panjang
7-8biji Belimbing buluh
Asam keping
3 biji lada besar hijau/ lada hijau kelantan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit Gula melaka
Cara-cara :
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit sehingga lumat.
- Campurkan semua bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan. Masukkan asam keping dan gula melaka. Biarkan menggelegak.
- Masukkan udang, timun, kacang panjang, lada besar hijau, belimbing dan biarkan masak seketika.
- Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tip: Nak kuah lemak cantik tak pecah minyak kena selalu kacau-kacau.
Kredit: Cik Puan Ain
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai. Ratah Saja Pun Sedap!
Paprik Seafood Ala Thai, Lauk Lengkap Berkhasiat Untuk Keluarga. Meriah Dengan Lauk & Sayuran
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Bebola Kentang Inti Popcorn Ayam, Menu Ringkas Anak Ke Sekolah.
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji kentang | buang kulit dan kukus
- 1 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan hirisan bawang
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
- 1 cawan pop corn ayam
- 1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Terliur Gila Weiii Tengok 3 Dessert Ni, Tak Sabar Nak Cuba.
Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
- 1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
- 1cawan tepung kastard
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
- 11gm agar-agar serbuk
- 800gm air
- 5 sudu makan gula
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
- Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
- Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
- Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
- Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
- Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas nangka masak | hiris nipis
- 1 cawan biji sagu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
- 2 ketul gula melaka
- 1 cawan air
- 2sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
- Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
- Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
- Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
- 150gm tepung beras cap teratai
- 70gm tepung ubi kayu
- 600ml santan cair
- 3 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
- 100 ml santan
- 3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
- Lidi kecil secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
- Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
- Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.