
Kaswi Pandan Lemak Manis antara kuih berkukus yang mudah disediakan dan tidak perlu banyak bahan, apa yang penting adalah kemahuan membuatnya. Apa kata anda cuba membuat sendiri dan boleh buat lebih untuk disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah menyebelah, dapat pahala. Kalau yang belum pernah buat, ini resipi RASA kongsikan di sini.

KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan | 6 helai daun pandan yang dikisar
4 cawan air
1 1/4 gula
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh pewarna hijau
1 cawan kelapa parut | putih sahaja
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMBUAT:
- Sediakan loyang 10 X10 sapu sedikit minyak.
- Panaskan pengukus
- Seterusnya satukan semua kecuali kelapa parut dan garam.
- Tuang dan tapis ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
- Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama lebih kurang 40 minit.
- Buka penutup kukus dan biarkan kan 10 minit lagi dalam pengukus dengan penutup terbuka(tujuannya bagi air pada permukaan kaswi kering/ boleh lap dengan tisu dapur jika permukaan masih berair.
- Tutup api dan keluarkan kuih.
- Setelah sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dan kukus sekejap.

9. Kuih sedia dihidangkan.
oleh Mas Cotek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Cara Berlauk Daging Paling Mudah, Lembut, Lemak & Sedap.

Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Qaseh Izzaty ni.
RESIPI KUIH CARA BERLAUK
BAHAN INTI:
- 200gm daging kisar
- 2 sudu besar rempah raja kari faiza (bancuh dgn sedikit air)
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- Sedikit daun bawang/sup – diracik
- Cili merah – dipotong serong
- Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
- Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI:
- Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
- Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
CARA MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG:
- Pukul telur bersama sedikit garam.
- Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
- Jika adunan berketul-ketul, tapis dahulu adunan. Kemudian titikkan sedikit pewarna. Adun sekata.
- Untuk lebih mudah, kisar adunan menggunakan pengisar.
CARA MEMASAK KUIH CARA:
- Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan hingga 3/4 penuh acuan sahaja.
- Kemudian masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong hirisan cili merah. Taburkan juga daun sup dan daun bawang.
- Tutup kuih cara guna tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Qaseh Izzaty
4 Menu Street Food Popular Di India, Korang Boleh Cuba Di Rumah.

India bukan hanya meriah dengan destinasi pelancongan menarik tetapi negara ini juga kaya dengan pelbagai jenis makanan dari hotel lima bintang ke gerai-gerai di tepian jalan. Enak dengan berbagai cita rasa, warna warni dengan harga yang murah, biarpun kebanyakan rasanya kaya dengan rempah ratus dan sedikit pedas, ia tetap sedap. Anda yang ingin mencuba, berikut menu jalanan India dan Pakistan.

CHOLE BHATURE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH KACANG KUDA :
- 2 cawan kacang kuda | rebus hingga empuk
- 2 sudu makan minyak masak
- 3cn kulit kayu manis
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- 1 helai daun bay
- 1 sudu teh lada hitam
- 3 biji buah pelaga
- 1 Bay leaf
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh jintan jintan putih
- Garam secukup
- 1 cawan bawang besar | potong dadu kecil
- 1 cawan tomato | potong dadu kecil
- 1 sudu teh pes halia
- 1 sudu teh pes bawang putih
- 1 sudu jus limau nipis
- 2 biji cili hijau | cincang
- 1 sudu makan mentega
- BAHAN ROTI:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh yis kering | bancuh dengan sedikit air suam
- Secubit garam
- Air ikut keperluan
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan Chole Bhature, panaskan sedikit minyak masak.
- Menggunakan api sederhana umis daun bay, kulit kayu manis, biji jintan putih, bunga cengkih, lada hitam dan buah pelage hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bawang besar yang telah dicincang, tumis hingga keperangan masukkan pula pes bawang putih dan halia.
- Setelah sekata, tambah dengan serbuk kunyit, cili, ketumbar dan jintan putih.
- Kacau seketika, masukkan pula sedikit air.
- Selepas 1-2 minit masukkan rebusan kacang kuda bersama air rebusan.
- Biarkan mereneh seketika, masukkan, cili hijau, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan kuah mereneh hingga kacang kuda empuk. Tambah air jika perlu.
- Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menyediakan roti, campurkan bersama garam halus, gaul rasa.
- Masukkan bancuhan yis gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Uli hingga menjadi doh lembut. Rehatkan 15 minit.
- Bulat-bulatkan doh, kemudian canai menjadi leper.
- Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
- Goreng roti hingga keperangan.
- Setelah siap, hidangkan roti bersama kuah kacang kuda.

KANDA BHAJI
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji bawang besar | hiris
- 1 /2 cawan daun ketumbar | cincang halus
- 1 cawan tepung kacang kuda
- 2 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1/4 sudu teh biji karom/ajwain
- Secubit garam
- Secuit soda bikarbonat | jika suka
- Air secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung beras, serbuk cili serbuk kunyit, ajwain, garam dan soda bikarbonat dalam mangkuk, gaul rata.
- Masukkan sedikit air untuk menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
- Masukkan hirisan bawang yang telah dipisah-pisahkan hirisannya.
- Seterusnya tambahkan pula daun ketumbar cincang, gaul rata agar bancuhan melekat elok pada bawang.
- Rehatkan 10-15 minit.
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas, menggunakan garpu masukkan adaunan dalam kuali , goreng seperti goreng cucur.
- Setelah gorengan bertukar warna kuning keperangan, Angkat dan toskan minyak.
- Setelah siap dan tos minyak, ia sedia dihidangkan dengan Chatney daun pudina atau kelapa.

KATHI ROLL
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping capati segera| panaskan
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 1 /2 biji cili banggala | potong dadu
- 1 biji tomato | buang biji dan potong dadu
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh pes bawang putih
- 1 sudu teh pes halia
- 2 sudu makan puri tomato
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/4 sudu teh garam masala
- 1/4 cawan yogurt
- Beberapa keping keju cedar | carik-carik
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
- Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, diikuti dengan cili benggala.
- Masukkan tomato, serbuk kunyit, pes halia dan bawang putih, tumis lebih kurang 2-3 minit
- Seterusnya masukkan puri tomato dan yogurt, tumis 2-3 minit lagi.
- Perasakan dengan memasukkan serbuk cili, garam, keju, dan garam masalah.
- Apabila cukup rasa dan sekata, tutup api.
- Ambil sekeping capati, kemudian letakkan 1-2 sudu tumisan tadi di atasnya dan gulung. Lakukan hingga habis.
- Setelah siap, boleh potong dan sedia dihidangkan panas-panas.

CHICKEN KARAHI (PAKISTANI CHICKEN CURRY)
BAHAN-BAHAN:
- 500 isi ayam | potong kecil
- 3 biji tomato saiz sederhana | belah empat
- 4 biji cilim hijau | potong 2 cm
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | cincang halus
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh empingan cili
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan daun ketumbar | cincang
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
- Kecilkan api, masukkan tomato, cili, jintan manis, seruk cili, kunyit dan empingan cili.
- Kacau rata, kemudian tutup kuali hingga yang betul-betul masak dan rempah ratus menyerap sepenuhnya pada ayam.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, tutup api dan masukkan hirisan halia, cili dan daun ketumbar
- Chicken Karachi sedia dihidangkan bersama roti nan
Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut & Sedap.

Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa, RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Selamat mencuba.
CARA MASAK LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan nasi
- 2 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa muda parut
- Secubit garam
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. Adun adunan tadi hingga sebati.
3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuknya terpulang pada kreativiti masing-masing.
4. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati. Lempeng kelapa ini enak dimakan bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.

Kredit resipi & foto: Hajah Zainab Bt Mawan

