Kaswi Pandan Lemak Manis, Menggoda Sungguh Tak Sabar Nak Buat.

Share

Kaswi Pandan Lemak Manis antara kuih berkukus yang mudah disediakan dan tidak perlu banyak bahan, apa yang penting adalah kemahuan membuatnya. Apa kata anda cuba membuat sendiri dan boleh buat lebih untuk disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah menyebelah, dapat pahala. Kalau yang belum pernah buat, ini resipi RASA kongsikan di sini.

KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan | 6 helai daun pandan yang dikisar
4 cawan air
1 1/4 gula
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh pewarna hijau
1 cawan kelapa parut | putih sahaja
1/2 sudu teh garam halus

CARA MEMBUAT:

  1. Sediakan loyang 10 X10 sapu sedikit minyak.
  2. Panaskan pengukus
  3. Seterusnya satukan semua kecuali kelapa parut dan garam.
  4. Tuang dan tapis ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
  5. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama lebih kurang 40 minit.
  6. Buka penutup kukus dan biarkan kan 10 minit lagi dalam pengukus dengan penutup terbuka(tujuannya bagi air pada permukaan kaswi kering/ boleh lap dengan tisu dapur jika permukaan masih berair.
  7. Tutup api dan keluarkan kuih.
  8. Setelah sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dan kukus sekejap.

9. Kuih sedia dihidangkan.

oleh Mas Cotek

Published by
webadmin