Dah lama idam nak buat kaya ball ni. Kalau beli pun macam tak puas makan. Sekali hadap jer dah habis. Acuan takoyaki yang terperuk lama inilah masa nak gunakan. Bolehlah rasmikan , bahan-bahan pun cukup.Anak-anak pun dah minta lama nak buat kaya ball ni.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan atas. 2.Gaul rata hingga sebati.Kalau masih berketul-ketul, kisar tapi sekejap saja. 3.Tuang adunan itu dalam botol muncung satu 4.Biarkan seketika dalam 10 minit. 5.Panaskan acuan tadi dengan api perlahan.Sapu sedikit minyak. 6.Tuang sedikit adunan. Masuk inti kaya dan tutup semula adunan atasnya. 7.Tutup dengan penutup periuk. 8.Biarkan hingga naik gebu dan keperangan.Terbalikkan dan biarkan hingga masak
Popia basah memang sedap. Kombinasi kulit yang lembut, inti serta sos yang enak menjadikan hidangan ini antara yang dicari bila ke pasar malam. Nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni antara yang mudah dan terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, tambah sedikit air. Tutup dan perap selama 30 minit.
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper atau non-stick. Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
Biar seketika dan angkat kulit popia perlahan-lahan dengan menariknya dari tepi. Ulang proses hingga habis.
Kulit popia ini boleh ditindan kerana ia tidak melekat.
BAHAN SOS POPIA:
12-14 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar dengan 1 cawan air.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT SOS:
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Tambahkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak guna api perlahan hingga pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat.
BAHAN INTI POPIA:
Sengkuang – hiris nipis/memanjang
Tauge – dibersihkan
1/2 biji kubis – racik halus
1 batang lobak merah – hiris memanjang
Segenggam udang – buang kepala dan ekor. Potong kecil
1/2 biji bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit udang kering – tumbuk halus
Garam secukupnya
2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN INTI:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi dengan menggunakan api sederhana.
Masukkan lobak merah dan kubis. Kacau hingga layu.
Tambahkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. Pastikan inti dimasak sekejap sahaja. Angkat.
BAHAN TABUR:
Kacang tanah – disangai, dibuang kulit dan ditumbuk
Udang geragau kering – disangai dan ditumbuk halus
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
2. Letakkan inti dengan secukupnya. Gulung kemas. Buat sampai semua bahan habis.
3. Tuang sos diatas popia dan taburkan bahan tabur secukupnya.
Ni bukan lenggang sebarang lenggang, tapi melenggang nak masak apam di dapur, hehehe.Apam ni bahan-bahannya ringkas aje, tapi sebab nipisnya ala crepe memang ranguplah sikit.
Rasa santan berlemak perggh sedap makan dicicah sambal ikan bilis atau gulai. Jom kita cuba buat apam lenggang dari Sue Shu ni
APAM LENGGANG
.
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu yis
5-6 sudu gula | Ikut kemanisan disukai
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur *tak letak pun tak apa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali santan.Gaul rata dan perap selama 1-2 jam.
2. Kemudian baru masukkan santan dan gaul lagi. 3. Panaskan kuali,.griskan sedikit minyak
4. Jika guna kuali non stick tak perlu gris minyak
5. Ambil satu senduk adunan dan lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap (gerakkan kuali). Tutup adunan supaya masak rata
.
6. Masak dengan api yang perlahan, bila dah nampak kekuningan bolehlah digulung atau dilipat ikut kesukaan masing-masing.
Anda hanya perlukan tepung pulut, kelapa parut dan gula melaka sebagai bahan utama. Rasa-rasanya kebanyakan bahan ini di dalam dapur anda. Apa kata korang cuba buat dan tidak perlu duduk lama di dapur pun. Tak percaya cuba resipi yang dikongsikan ini. Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat sedap.
KUIH PUTERI MANDI BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam
Seddikit pewarna merah, hijau dan kuning BAHAN KELAPA:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung dengan sedikit garam halus gaul rataa.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adaun hingga jadi doh.
Bahagikan doh menjadi tiga bahagian, pewarnakan setiap doh dengan warna merah, hijau dan kuning. Adun lagi hingga pewarna sebati.
Bentukkan doh menjadi bulat, kemudian leperkan sedidkit dan tekan ditengahnya.
Sementara itu didihkan air, dan rebus doh hingga timbul.
Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan.
Untuk menyediakan bahan kelapa, didikan air dalam kuali bersama gula Melaka dan daun pandan.
Setelah gula larut dan kuah pekat, masukkan kelapa dan sedikit garam halus, kecilkan api dan gaul rata lebih kurang 3-5 minit. Tutup api.
Kemudian, masukkan doh yang telah direbus ke dalamnya dan gaul rata.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.