Resipi dari Nuhaz Kitchen ni mudah aje. Adunan kaya ball ni boleh juga dibuat pancake.Sangat lembut dan menjadi.
Kata Nurhaziqah resipi kaya ball ni kacau pakai whisk aje, tak perlu mixer atau mesin pengadun pu. Yang penting ada acuan.Dia menggunakan acuan takoyaki, kalau tak ada boleh aje guna acuan kuah cara.
KAYA BALL
BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sudu kecilbaking powder
• secubit garam *
• 2 sudu besar gula halus *
• 3/4 cawan susu segar + 2 sudu besar susu segar* ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu)
• 1 biji telur *
• 2 sudu besar mentega |cairkan *
• 1 sudu kecil esen vanilla *
• Kaya secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan bertanda *
2. Kacau bahan bertanda * sehingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder
4. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul
5. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan
6. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
7. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
8. Kemudian picitkan kaya
9. Picitkan adunan sehingga full
10.Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit
11.Kemudian balikkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak
Kredit foto & resipi : Nuhaz Kitchen
Oleh : Nurhaziqah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :