Paling mudah nak buat kaya pandan ala-ala boat noodle ni. Kukus roti kemudian makan dengan homemade kaya memang best. Makan berebut-rebut pulak tu, puas sangat rasa. Kemanisan kaya pun boleh anda tetapkan, ikut cita rasa masing-masing.
Kaya pandan
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (cukuplah 5 helai daun pandan dikisar)
1 cawan susu cair-beli online di sini
1 cawan gula (cikgu fazz buat 3/4 je)
1 kotak santan 200g
2 sudu susu pekat manis-beli online di sini
3 sudu tepung jagung-beli online di sini
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Dapatkan Haushalt Origami 3-Tierd Folding Shelves dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Masukkan semua dalam periuk kecil. Tenggekkan atas api dan kacau sampai berkilat. Ingat tau sampai berkilat.
* Jangan lupa simpan dalam peti sejuk boleh makan lama.
Kredit: Fazelina Isa
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official