Dapur adalah ruang paling penting di setiap kediaman. Namun tidak semua mampu memiliki dapur yang luas kerana kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang terhad terutamanya bagi kondominium dan apartment.
Ruang yang terhad ini jika tidak disusun, tentunya akan menjadi lebih padat, sempit dan merimaskan. Tak selesa. Namun jika anda bijak memilih peralatan dan membuat susun atur, ruang yang terhad boleh terlihat lebih luas, kemas dan mendamaikan mata.
Peka akan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, Coway tampil dengan produk terbaharu bernama ‘KECIL’ yang direka khusus buat pasangan muda yang memiliki keluarga kecil, ruang dapur yang sempit dan tiada ruang namun mementingkan gaya moden serta mahukan bekalan air bersih terbaik buat isteri dan anak-anak.
KECIL adalah penulen air digital model terbaharu yang bersaiz kecil dan ringan. Didatangkan dengan kelebaran 7 inci, ‘ultra-slim design’ ini sangat menjimatkan ruang malah rekaannya yang moden dan minimalis memberikan lebih gaya pada ruang dapur anda.
Ads
Penulen air KECIL menggunakan teknologi penapisan air secara terus dari paip. Jadi, anda boleh nikmati air pada bila-bila masa sepantas 0 saat. Kalau nak buat air panas pun sama, hanya perlu 3 saat je.
Nak guna pun senang je kerana Penulen air KECIL ni dilengkapi dengan paparan digital bagi memudahkan anda dan keluarga mendapat air bersih tanpa had hanya dengan satu sentuhan. Tekan je, dah hilang dahaga. Mantap…
Lagi power, Penulen air KECIL ni walaupun saiznya kecil, tapi ada macam-macam tetapan suhu. Panas, kurang panas, suam, sejuk dan biasa semua ada. Pilih je. Jadi kalau nak bancuh secawan kopi, nak buat susu anak, memang cepat. Tak perlu masak air guna cerek lagi.
Jika ada anak-anak yang aktif pun tak risau kerana Penulen air KECIL dilengkapi dengan HOT LOCK BUTTON bagi mengelakkan anak kecil terkena air panas.
Ads
Kalau sahabat handai atau saudara mara datang ke rumah pun tak perlu dah susah-susah nak beli air mineral dan sejukkan dalam peti sejuk. Hanya tekan Penulen air KECIL Coway, dah boleh hidang minuman sejuk buat tetamu. Mudah kan?
Kini tiada masalah lagi nak pilih penulen air yang menjimatkan ruang dapur anda kerana dengan adanya Penulen air KECIL dari Coway ni, selit dekat ruang sempit pun dah muat. Paling penting, anda sekeluarga dapat menikmati air bersih dan lebih sihat.
Rasa Layan Curry Fiesta x Havoc Food Festival yang berlangsung pada 5-8 September 2024 yang lalu berakhir dengan begitu meriah. Bertempat di Parking B, Setia City Convention Centre, seramai 335,000 pengunjung telah hadir memeriahkan fiesta ini. Warga Setia Alam memang terbaik. Pecah rekod!!
HIMPUNAN PENCINTA KARI
Dengan Slogan Satu Malaysia Layan Kari, Rasa Layan Curry Fiesta merupakan anjuran fiesta kali pertama oleh portal majalah Rasa dengan kerjasama HAVOC, sempena sambutan Hari Malaysia. Fiesta ini menyaksikan lebih 300 hidangan makanan viral dari seluruh negara, termasuk Nasi Kandar, Nasi Briyani, Nasi Arab dan pelbagai hidangan kari lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Fiesta ini menjadi himpunan makanan viral terbesar di Malaysia yang menampilkan pengusaha makanan popular seperti Hameediyah, Nasi Kandar Express dan Matha’am serta ramai lagi usahawan makanan yang terkenal di media sosial yang memenuhi selera para pencinta makanan.
Mengapa kari yang menjadi pilihan? Hidangan kari ini merupakan salah satu menu utama dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kari mampu menyatukan semua. Ia sudah sebati dalam kehidupan kita dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan menjadi ejen penyatuan rakyat Malaysia.
Penganjuran fiesta ini merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia amat mencintai kedamaian dan keharmonian hidup berbilang bangsa. Makanan mampu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat.
Antara vendor yang memeriahkan Rasa Layan Curry Fiesta ialah Hameediyah, Nasi Kandar Express, Nasi Daging Kedah Kahaq, Nasi Kebuli, Nasi Kenduri, Nasi Ganja Senah Catering, Gulai Kawah Chaq Catering, Arieni’s Roti Jala & El Ocho, Nasi Kandar Matha’am, VC Venture dan Hubmeal.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Selain daripada pesta makanan, pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang empat hari ini. Antaranya termasuklah pameran kereta berhias Hello Kitty, Pertandingan Teh Tarik Kaw Kaw bersama Fakir The Teh Tarik King, Pertandingan Roti Canai Terbang Tinggi bersama Chef Matt, Raja Roti John, Siapa Lagi Power? bersama Kewpie, King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE Mobile dan Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan bersama Jalen.
Pihak Havoc Food Festival turut menganjurkan pelbagai program menarik seperti Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini, Majlis Havoc Berselawat, Meet & Greet, Busking, Clown & Magic Show,Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memanah dan Pertandingan Congkak.
Memang meriah habis Rasa Layan Curry Fiesta ni dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Paling meriah apabila adik Amsyar menyertai Pertandingan Roti Canai Terbang Tinggi. Skill dan aksi yang ditonjolkan oleh adik Amsyar ni memang memukau para pengunjung. Malah, Chef Matt pun turut terpesona melihat adik Amsyar beraksi di atas pentas. Cukup gamat suasana di tapak pesta!
Pertandingan Raja Roti John, Siapa Lagi Power? bersama Kewpie menyaksikan tiga peserta memasak Roti John yang paling kemas, pantas, kreatif dan menyelerakan menggunakan produk Kewpie. Saingan memang sengit. Semua hidangan nampak begitu menyelerakan! Pemenang menerima produk Kewpie bernilai RM100.
Untuk King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE Mobile pula, sebanyak tiga sesi telah diadakan untuk memilih King & Queen Roti Canai. Setiap sesi mempunyai 10 peserta yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Setiap peserta diberikan lima keping Roti Canai dan hanya lima minit diberikan kepada para peserta. Siapa yang makan Roti Canai paling banyak dalam masa yang telah ditetapkan akan terpilih sebagai King & Queen. Hadiah pun bukan biasa-biasa, pemenang membawa pulang wang tunai bernilai RM300. Memang syok!
Tak lengkap rasanya kalau tiada demo masakan di dalam Rasa Layan Curry Fiesta ni. Rasa turut mengadakan Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan bersama Jalen oleh Chef Razak. Masakan jadi lebih mudah apabila menggunakan produk dari Jalen. Rasa masakan pun bertambah enak. Anda wajib cuba resipi Chef Razak ni. Sekejap je dah siap.
Bukan itu saja, ada juga aktiviti CSR yang dianjurkan oleh Rasa iaitu pemberian 250 pek Nasi Kandar kepada abang riders secara percuma tajaan PRESMA sebagai pengiktirafan di atas sumbangan abang riders dalam industri makanan negara. Selain itu, Rasa dengan kerjasama Mercure Hotels Kuala Lumpur, Glenmarie berganding bahu dengan mengedarkan 250 pek Kari Ikan Jenahak percuma kepada para pengunjung yang hadir ke tapak fiesta.
Rasa Layan Curry Fiesta turut dirasmikan oleh YB. Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Terima kasih YB!
TERIMA KASIH SEMUA!
Kami di pihak portal Majalah Rasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam Rasa Layan Curry Fiesta terutama buat rakan kolaborasi iaitu Havoc Food Festival.
Terima kasih diucapakan kepada penaja bersama Rasa Layan Curry Fiesta iaitu Kewpie, Jalen, redONE Mobile, Hameediyah dan Nasi Kandar Express. Juga tidak dilupakan buat rakan PBT, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta rakan komuniti iaitu Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Nasi Kandaq Hunters (NKH) dan Hello Kitty Cars Malaysia.
Terima kasih kerana turut menjayakan Rasa Layan Curry Fiesta. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengah hari ni? Menu Asam Pedas Kembung ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan – potong 2
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai – diketuk
4 biji tomato
15 batang bendi
60g MAGGI®️Sambal Tumis
1 mangkuk air asam jawa
MAGGI®️ Cukup Rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
2 biji cili merah
8 ulas bawang putih
2 inci belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, MAGGI®️Sambal Tumis dan serai sehingga masak dan garing.
Masukkan air asam jawa.
Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
Kemudian masukkan bendi dan ikan.
Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Seimbangkan rasa masam dan penggunaan daun kesum memberi aroma istimewa pada asam pedas.
Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.
Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je. Kalau senduk kayu takde jugak kena la Beli
BAHAN A 250 gm butter (jenama lurpak) 120-130 gm brown sugar 1 biji kuning telur 2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady 1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B 300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C 200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1.
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit.
2.
2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la).
3.
3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA
4.
4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan?Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit. Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies.
Katakan nak guna piping beg pun boleh.
5.
Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Yumeeeh Makan ni confirm tak makan sesikit.kredit resipi & foto: Haja Saleh
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira