Kerabu Mangga adalah menu pembuka selera yang sangat mudah disediakan dan pelbagai versi resipi sesuai dengan citarasa pembuatnya. Kali ini RASA kongsikan resipi paling mudah dan ringkas yang boleh anda cuba, sesuai sangat dengan konsep jimat di musim PKP ini.
Ads
KERABU MANGGA BAHAN-BAHAN: 3 biji mangga lemak sederhana besar5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 3 sudu besar kerisik Garam secukup rasa Gula secukup rasa 2 biji cili padi | hiris serong 3/4 cawan santan yang diperah segar 3 ekor ikan kembung | dibakar dan ambil isinya
1/2 cawan kacang tanah | sangai dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
Ads
Mangga dibuang kulit dan parut, ketepikan.
Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
Kemudian masukkan isi ikan dalam bahan bahan tumbuk tadi dan tumbuk lagi hingga lumat.
Satulah bahan tumbuk dengan mangga dalam mangkuk bersama kerisik, gaul sebati.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali taburkan cili padi yang dihiris.
Kerabu mangga siap dihidangkan.
Kredit: Resipi Dapur Kak Chah
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis. Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
2 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
½ sudu makan air asam
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
5 batang kacang botol | hiris halus
5 batang kacang buncis | hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | hiris halus
3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
½ biji limau nipis | perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
1. Satukan tepung gandum, tepung kek, baking powder dan gula. Gaul bagi serata. Ketepikan. 2. Dalam bekas lain, satukan telur, susu dan minyak. Gaul sekadar bagi telur hancur. Jangan gaul kuat sangat yer, manja-manja gitu je. 3. Buat lubang di tengah tepung, masukkan campuran telur, susu, minyak tadi. Gaul hanya sekadar bagi sebati semua bahan.
4. Jangan gaul terlalu laju dan beria sangat untuk elakkan muffin jadi mampat bila dibakar nanti. Gaul lemah lembut saja.
*Muffin bukan macam buat kek, bahan adunan tak perlu sehingga gebu dan kembang. Cukup sekadar serata semua bahan.
5. Masukkan adunan muffin ke dalam cup sikit dulu. Masukkan blueberry, kemudian masukkan lagi adunan hanya 3/4 je penuhnya. Bahagian atas muffin terpulanglah sama ada nak kosong atau nak topping blueberry.
*Bakar muffin dengan suhu yang betul-betul panas, ikut suhu ketuhar masing-masing. *Untuk dapatkan muffin yang gebu dan naik membukit, masa nak masukkan muffin ke dalam ketuhar, pastikan suhu betul-betul panas ye. Bukan panas nak rentung tapi kena pandai agak suhunya.
*Muffin tak perlu terlalu lama dibakar untuk elakkan muffin jadi kering. Dah nampak macam permukaan muffin kering, okey cukup dah. *Anggaran masak 15-20 minit. *Bila muffin dah masak, masa panas-panas terus letakkan muffin di atas piring atau redai kek untuk elakkan muffin menurun balik.
Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.
PES IKAN BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cili boh
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sampai lumat.
Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
Tumis sampai pecah minyak.Siap!
CARA BAKAR IKAN:
Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.