
Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin

Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus)
1 genggam ikan bilis ( goreng)
8 tangkai cili padi ( hiris)
½ biji bawang besar( hiris)
2 biji bawang merah ( hiris)
4 biji limau kasturi ( ambil jus)

Cara membuat:

1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.

2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan.
3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Kredit: Rohana Benjamin
Campak-Campak Je Tapi Resipi Meatball Carbonara Ni Memang Sedap
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Resipi Kerabu Yang Memang Sedap Kalau Makan Waktu Buka Puasa.

Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Anda boleh mencuba 6 jenis kerabu yang agak ringkas ini tapi dijamin sedap. Pilih mengikut cita rasa anda.
1. KERABU DAGING TIMUN

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging lembu
- 1 biji timun – hiris nipis
- 1 batang lobak merah – hiris nipis memanjang
- 1 biji tomato – cincang kasar
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – mayang halus
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 1 biji cili merah – mayang halus
- 6 biji cili padi – hiris nipis
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili Thai
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. KERABU JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris nipis
- ½ cawan kelapa parut – ambil putihnya sahaja
- 2 biji limau kasturi – perah jusnya
- 1 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
- 4 biji cili merah
- 4 biji bawang merah (bakar)
- 3 biji bawang putih (bakar)
- 3cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
- Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.
3. KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 biji mangga muda
- 50gm ikan bilis – sangai dan tumbuk kasar
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya sahaja) – mayang halus
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 1 biji cili merah – mayang halus
- 5 biji cili padi- hiris nipis
- 1 sudu makan air perahan limau
- 1 sudu teh sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Buah mangga dibuang kulit dan disagat/hiris halus memanjang. Ketepikan.
- Kemudian di dalam mangkuk, satukan hirisan mangga, serai, bawang besar, cili merah, cili padi dan sos ikan. Gaul rata.
- Tambah garam (jika perlu), gula dan air perahan limau. Gaul sebati.
- Akhir sekali tabur ikan bilis dan sedia dihidangkan.
4. KERABU PERUT KERISIK

BAHAN-BAHAN:
- 400gm perut lembu – rebus dan hiris nipis
- ½ biji kelapa parut – sangai hingga perang
- 2 biji tomato – cincang nipis & ramas sedikit
- 2 biji cili merah – mayang halus
- 6 biji cili padi – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tambah hirisan daun limau purut.
5. KERABU SOTONG ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor sotong saiz sederhana – potong dan bersihkan
- 1 biji tomato – hiris nipis
- 2 batang kacang panjang – potong pendek
- 1 biji cili merah – cincang dadu
- 5 biji cili padi – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – cincang dadu
- 1 helai daun limau purut – hiris halus
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – hiris halus
- 1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
- Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
- Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
6. KERABU SUHUN SIAM

BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun
- 10 ekor udang sederhana besar – bersihkan dan celur
- 1 biji tomato – cincang kasar
- 1 biji cili merah – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 3 biji bawang putih jeruk – mayang halus
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Daun ketumbar – cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Bijan – sangai (jika suka)
CARA MEMASAK:
- Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.
- Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
- Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.
Resipi Kerabu Ikan Bilis Pedas Power. Sedap & Padu

Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.
Bahan-bahan:
Bawang merah/besar
Serai
Bunga kantan
Cili api
Tomato
Limau nipis/limau kasturi
Garam
Gula
Kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI
Ikan bilis-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Selamat mencuba.
Kredit: Rozi Abdul Razak
Ingin mencari PRESSURE COOKER? Klik DISINI.
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR , BOLEH LIHAT DI SINI.
Nak Tahu Resipi Sup Tuang & Sambal Kicap Paling Power? Jom Try Resipi Ini
Kerabu Kerang Pucuk Paku. Memang Layan!

Pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dipotong dan diadun di dalam kerabu. Satukan semua bahan dengan secukupnya untuk mendapatkan rasa kerabu yang enak.
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pucuk paku | dicelur
- 50gm tauge | dicelur
- 100gm isi kerang | direbus
- 30ml pati santan
- 1 sudu teh kerisik
- 1 labu bawang besar | dihiris
- 4 tangkai cili padi | dikisar halus
- 2 tangkai cili merah | dikisar halus
- 2 sudu makan udang kering | dikisar halus
- 1 sudu makan serbuk belacan
- 2 sudu makan jus limau
- 1 sudu kecil garam
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam sebuah bekas, satukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk belacan dan jus limau. Gaul rata.
- Masukkan kerisik, garam, gula,dan santan. Gaul sebati.
- Selepas itu, masukkan pucuk paku, tauge dan kerang. Gaul rata.
- Hidangkan dan sedia dinikmati.

